31 Aug 2009 @ 11:54 AM 

Slug.Petisyen
Check Your MyCard/IC

To those of you who would like to check the details on your MyKAD chip, u can do so via your Astro decoder. Just follow the steps below :
1. Switch on your TV & Astro decoder
2. Go to channel 800 (it will take 10 seconds to load)
3. Once the Astro Interactive menu comes on, scroll down and select the ‘MyKad’ option.
4. Insert your MyKad in the second slot of your Astro decoder.

Tadaa!!!… Your MyKad details will appear on the TV screen.

Just conveniently pull out your card and insert the next one if you wish to check more MyKads. Pay careful attention to your personal details (especially religion) and if you detect an error, quickly head to the nearest registration department and get it rectified.

Please make this known to as many people as possible.

I have checked my family ICs by sloting into the decoder and one of the IC has NO NAME PRINTED inside the chip but physically the name, add, ic no. is printed correctly. This is an important ID pls check it out. It takes less than a min.

Posted By: admin
Last Edit: 12 Sep 2009 @ 04:27 PM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
Categories: Pengetahuan, Suka-suka, english
 31 Aug 2009 @ 11:40 AM 

PULAU PINANG: Fahaman kumpulan ini ialah manusia tidak perlu lagi berpegang kepada agama, sebaliknya kepada nilai etika semata-mata (tiada survival tanpa etika) dan meletakkan semua agama sama taraf malah lebih tinggi daripada Islam.

Konsepnya ialah mengambil nilai-nilai murni yang terdapat dalam sembilan agama iaitu Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian, Islam, Sikh dan kepercayaan Bahai dan disamaratakan.

Matlamatnya pula menerapkan semua nilai itu bagi memandu kehidupan manusia di dunia (global), iaitu dengan meletakkan bahawa survival dunia bergantung sepenuhnya kepada satu – Etika Global ini sahaja.

Cetusan idea oleh ahli falsafah dan teologi Katolik Prof. Hans Kung ini mula diperkenalkan pada tahun 1989.

Bagi mengembangkan idea ini, beliau telah menubuhkan Yayasan Etika Global, yang kemudiannya diterima oleh Parlimen Agama-agama Dunia pada 4 September 1993.

>> LIHAT LANJUT

Posted By: admin
Last Edit: 31 Aug 2009 @ 11:40 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Malaysiaku, Penang
 31 Aug 2009 @ 11:30 AM 

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata,
“Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.”

>> LIHAT LANJUT

Posted By: admin
Last Edit: 31 Aug 2009 @ 11:30 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 31 Aug 2009 @ 11:14 AM 

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya budak tu jawab,

“Nak kena jentik lagi…??”

Posted By: admin
Last Edit: 31 Aug 2009 @ 12:17 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Lawak
 30 Aug 2009 @ 3:56 AM 

SHAH ALAM: Laporan polis dibuat individu yang mendakwa didera termasuk ditampar, disuruh berbogel dan dipukul kemaluan menggunakan rotan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan didedahkan dalam prosiding inkues menentukan kematian Teoh Beng Hock.

Perkara itu dikejutkan di Mahkamah Koroner di sini semalam, oleh Peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, apabila mengemukakan beberapa laporan polis yang mendakwa terdapat saksi atau suspek yang didera di pejabat SPRM, tingkat 14 Plaza Masalam di sini.

Menurutnya, bagi menyokong dakwaan itu, pihaknya mempunyai gambar untuk dijadikan bukti berhubung penderaan berkenaan.

“Dalam laporan itu mendakwa pegawai SPRM bergilir-gilir menampar, menutup mata, menyuruh berbogel. Terdapat juga menggunakan batang besi yang dibalut dengan akhbar sebelum memukul perut, punggung, tangan dan kaki.

“Selain itu, ada yang menggunakan rotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki hingga menyebabkan saksi hampir pengsan,” katanya.

Gobind berkata demikian selepas menyoal saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang didakwa ada melakukan perbuatan itu ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues, semalam.

Bagaimanapun, peguam pemerhati SRPM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata dakwaan itu tidak berkaitan dengan kes prosiding inkues Teoh.

Menurutnya, pihaknya berharap perkara itu dibuat secara hujahan untuk mengelak memalukan orang lain.

“Kita tidak boleh berpatah balik berhubung kejadian yang berlaku di SPRM. Apa yang berlaku terhadap orang lain itu melangkaui skop kita,” katanya.

-Metro-

Posted By: admin
Last Edit: 30 Aug 2009 @ 03:56 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 30 Aug 2009 @ 3:49 AM 

PLACERVILLE (California): Seorang kanak-kanak yang diculik ketika dalam perjalanan ke sekolah, sebenarnya disembunyikan daripada orang ramai dengan tinggal di bangsal dan khemah selama 18 tahun.

Sepanjang disembunyikan di belakang rumah kawasan terpencil, kira-kira 322 kilometer dari kediaman keluarganya, dia juga diperkosa oleh penculiknya hingga melahirkan anak.

Jaycee Lee Dugard yang diculik ketika berusia 11 tahun dari Tasik Selatan Tahoe pada 1991, terus dibawa ke rumah itu dan ditempatkan di belakang rumah berkenaan, terputus dengan dunia luar.

Menurut penyiasat, penculiknya merogolnya hingga dia melahirkan dua anak, yang pertama ketika Jaycee berusia 14 tahun.

Kanak-kanak itu, kedua-duanya perempuan, kini berusia 11 dan 15 tahun, juga disembunyikan di belakang rumah itu.

“Kedua-dua kanak-kanak-kanak itu tidak pernah ke sekolah.

“Mereka juga tidak pernah menemui doktor,” kata pembantu syerif Dorado County, Fred Kollar.

“Mereka hidup terpencil di belakang rumah itu,” katanya.

Malah ejen parol yang melawat Philip Garrido, 58, tidak tahu mengenai kewujudan kawasan tersembunyi itu.

Garrido ialah pesalah seks yang didaftar yang diletakkan di bawah pengawasan polis persekutuan kerana kesalahan merogol dan menculik.

Dia kini ditahan dan akan menghadapi pelbagai tuduhan menculik dan salah laku seks.

Polis berkata, isterinya, Nancy, 54, yang turut bersama-samanya ketika penculikan di Tasik Selatan Tahoe itu juga ditahan.

Kes itu terbongkar apabila Garrido ditemui bersama-sama dua kanak-kanak ketika cuba memasuki kampus Universiti California di Berkeley untuk mengedarkan risalah agama.

Pegawai berkata, dia berkelakuan mencurigakan terhadap kanak-kanak itu. Mereka menyoalnya dan menyelidik latar belakangnya.

Garrido kemudian diarah muncul di mesyuarat parol dan tiba bersama Jaycee, yang mengenalkan dirinya sebagai Allisa, isterinya. Dua anaknya juga hadir.

Ketika disoal siasat, pegawai berkata, Garrido mengaku menculik Jaycee.

Jaycee semalam disatukan semula dengan keluarga kandungnya.

Bapa tirinya yang menyaksikan penculikannya berkata, dia terlalu gembira selepas diberitahu mengenai penemuan Jaycee.

“Penculikannya menyebabkan rumah tangga saya musnah.

“Saya menjadi suspek penculikan itu hinggalah ke hari ini,” katanya.

- metro-

Posted By: admin
Last Edit: 30 Aug 2009 @ 03:50 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 30 Aug 2009 @ 3:22 AM 
Kerusi Pelik

Kerusi Pelik

Posted By: admin
Last Edit: 30 Aug 2009 @ 03:25 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Ajaib, Suka-suka
 30 Aug 2009 @ 12:47 AM 

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum
bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?”

Posted By: admin
Last Edit: 30 Aug 2009 @ 12:47 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Lawak
 30 Aug 2009 @ 12:45 AM 

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan
saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil
tanya kepada ibunya.

“Ibu, manusia itu apa…?” Tanyanya

“Hisssh…. kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik.” Kata ibunya.

Posted By: admin
Last Edit: 30 Aug 2009 @ 12:45 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Lawak
 29 Aug 2009 @ 11:01 PM 

Setiap kali masuk jer bulan puasa, ada jer org forward pasal hadis palsu ini:

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih. Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

>> LIHAT LANJUT

Posted By: admin
Last Edit: 29 Aug 2009 @ 11:04 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Tags:
Categories: Agama
 29 Aug 2009 @ 6:48 PM 

2769130949_0773418c16
PAI TEE

Bahan kulit
5 camb tepung beras
1 camb tepung kanji/ubi
sed garam
1 biji telur
minyak masak

Bahan isian
3 camb minyak
5 ulas bawang merah, dihiris
125 g isi ayam, dicincang halus
90 g isi udang, dicincang halus
300 g kubis, dihiris halus
350 g sengkuang, dihiris halus
120 ml air rebusan udang/ayam
90 g isi ketam (yg sudah direbus)

Bahan perasa
1 camt gula
1 camt garam
2 camb kicap cair
sed serbuk lada sulah

Satukan semua bahan kulit kecuali air. Tuangkan sedikit demi sedikit air, pukul hingga adunan tidak bergentel. Panaskan minyak, celup acuan pai tee dan biar panas. Angkat dan celup di dalam adunan kulit. Letak semula cepat-cepat di dalam minyak panas dan goyang supaya acuan tanggal. Goreng hingga keemasan. Bila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk isian:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam, kacau hingga separuh masak kemudian masukkan udang. Goreng 2-3 min. Masukkan kubis dan sengkuang, kacau. Bubuh air rebusan dan bahan perisa. Masak hingga kering kemudian bubuh isi ketam. Bila sejuk, bolehlah dihidangkan di dalam kulitnya.

Posted By: admin
Last Edit: 29 Sep 2009 @ 02:59 PM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 29 Aug 2009 @ 4:57 AM 

Berlaku di Seksyen 23 Shah Alam perarakan oleh beberapa NGO Melayu

Anda sesetengah sedang cuba bermain api perkauman. Kalaulah betul nak bagi negeri Selanggor dalam keadaan kelam kabut sekali pun, janganlah gunakan isu perkauman sebagai senjata. Di bimbangi pihak India akan bertindak balas dengan perbuatan penghinaan yang sama kepada orang melayu.

Bila isu perkauman dimainkan ia bukan hanya melibatkan negeri Selanggor tetapi seluruh Malaysia.

Apa kata orang kuat Malaysia:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.

Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.

“Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera,” tambahnya.

Komen orang kuat India :

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

“Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

“Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

>> LIHAT LANJUT

Posted By: admin
Last Edit: 08 Sep 2009 @ 04:44 AM

EmailPermalinkComments (1)
Tags
 29 Aug 2009 @ 4:20 AM 

PETALING JAYA: Polis hari ini menemui lebih 60 rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Tasik Biru, Kundang dekat Rawang selepas berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket mencuri motosikal pada 22 Ogos lalu.

Susulan tangkapan lelaki berusia awal 20-an di Kota Damansara ketika cuba mencuri sebuah motosikal itu, polis percaya lebih 60 kes kecurian motosikal di sekitar daerah itu dapat diselesaikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Shukor Sulong, berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan memecahkan kunci motosikal lalu melarikan motosikal itu untuk dileraikan.

“Selepas meleraikan komponen motosikal, rangka motosikal yang dicuri itu dibuang ke dalam tasik bagi menghapuskan bukti,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah melakukan kegiatan itu lebih tiga tahun lalu berdasarkan keadaan rangka motosikal yang ditemui.

Mohd Shukor berkata, polis masih mencari saki-baki anggota sindiket itu, manakala tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu.

-berita harian-

Posted By: admin
Last Edit: 17 Sep 2009 @ 02:53 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
 29 Aug 2009 @ 4:08 AM 

1. “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa “( QS Al-Baqarah : 183 ).

2. “Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa… ” ( Al-Baqarah: 185).

3. ” Telah bersabda Rasulullah saw. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad ituadalah utusan Allah. Mendirikan Shalat Mengeluarkan Zakat puasa di bulan Ramadhan Menunaikan haji ke Ka’bah. ( HR.Bukhari Muslim ).

4. “Diriwayatkan dari Thalhah bin ‘ Ubaidillah ra. : bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda : puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi : Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku ?. Beliau bersabda : tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah. “.

KESIMPULAN : Dari ayat-ayat dan hadits-hadits diatas, kita dapat mengambil pelajaran :

1. puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain ( dalil 1, 2, 3 dan 4 ).

2. puasa Ramadhan disyari’atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil no 1).

Posted By: admin
Last Edit: 29 Aug 2009 @ 04:09 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Agama
 29 Aug 2009 @ 4:01 AM 

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu.

“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.

“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi.

“Tidak..”, jawab wanita itu.

“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri dikhalayak ramai? ” getusnya.

Posted By: admin
Last Edit: 29 Aug 2009 @ 04:04 AM

EmailPermalinkComments (0)
Tags
Categories: Lawak

 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 59
  • Posts/Pages » 2,041
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.