Projek pembinaan jambatan itu berdaya maju dan menguntungkan dan dijangka meningkatkan sektor pelancongan Melaka serta ekonomi kedua-dua negara, kata Mohd Ali.
“Jambatan itu mempunyai potensi ekonomi yang besar, jika diambil kira penduduk di Sumatera yang berjumlah 70 juta orang berbanding dengan Singapura, yang mempunyai hanya 4.0 juta penduduk,” katanya.
Katanya, trafik di atas jambatan itu dianggarkan kira-kira 15,000 kenderaan dan caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 (kira-kira RM262.5) hingga AS$85 (kira-kira RM297.5). – BERNAMA







