Resepi nak masak PAI TEE

0

Category : My Resepi

2769130949_0773418c16
PAI TEE

Bahan kulit
5 camb tepung beras
1 camb tepung kanji/ubi
sed garam
1 biji telur
minyak masak

Bahan isian
3 camb minyak
5 ulas bawang merah, dihiris
125 g isi ayam, dicincang halus
90 g isi udang, dicincang halus
300 g kubis, dihiris halus
350 g sengkuang, dihiris halus
120 ml air rebusan udang/ayam
90 g isi ketam (yg sudah direbus)

Bahan perasa
1 camt gula
1 camt garam
2 camb kicap cair
sed serbuk lada sulah

Satukan semua bahan kulit kecuali air. Tuangkan sedikit demi sedikit air, pukul hingga adunan tidak bergentel. Panaskan minyak, celup acuan pai tee dan biar panas. Angkat dan celup di dalam adunan kulit. Letak semula cepat-cepat di dalam minyak panas dan goyang supaya acuan tanggal. Goreng hingga keemasan. Bila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk isian:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam, kacau hingga separuh masak kemudian masukkan udang. Goreng 2-3 min. Masukkan kubis dan sengkuang, kacau. Bubuh air rebusan dan bahan perisa. Masak hingga kering kemudian bubuh isi ketam. Bila sejuk, bolehlah dihidangkan di dalam kulitnya.

Arak kepala lembu bantah bina kuil

1

Category : Malaysiaku, Politik, selanggor

Berlaku di Seksyen 23 Shah Alam perarakan oleh beberapa NGO Melayu

Anda sesetengah sedang cuba bermain api perkauman. Kalaulah betul nak bagi negeri Selanggor dalam keadaan kelam kabut sekali pun, janganlah gunakan isu perkauman sebagai senjata. Di bimbangi pihak India akan bertindak balas dengan perbuatan penghinaan yang sama kepada orang melayu.

Bila isu perkauman dimainkan ia bukan hanya melibatkan negeri Selanggor tetapi seluruh Malaysia.

Apa kata orang kuat Malaysia:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan penduduk mengarak kepala lembu sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau yang juga setiausaha agung MIC memberitahu Malaysiakini bahawa Najib telah menyuarakan kekesalannya itu apabila beliau menghubungi perdana menteri untuk melaporkan kejadian tersebut.

Subramaniam berkata perdana menteri teramat kesal dan berjanji perkara itu akan disiasat secara terperinci.

“Kira-kira 15 minit kemudian, perdana menteri menelefon balik dan berkata beliau telah bercakap dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan mengarahkan beliau mengambil tindakan segera,” tambahnya.

Komen orang kuat India :

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

“Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

“Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini.

>> LIHAT LANJUT

Lebih 60 rangka motosikal ditemui dalam Tasik Biru

0

Category : Macam-macam hal, Malaysiaku, selanggor

PETALING JAYA: Polis hari ini menemui lebih 60 rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Tasik Biru, Kundang dekat Rawang selepas berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket mencuri motosikal pada 22 Ogos lalu.

Susulan tangkapan lelaki berusia awal 20-an di Kota Damansara ketika cuba mencuri sebuah motosikal itu, polis percaya lebih 60 kes kecurian motosikal di sekitar daerah itu dapat diselesaikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Shukor Sulong, berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan memecahkan kunci motosikal lalu melarikan motosikal itu untuk dileraikan.

“Selepas meleraikan komponen motosikal, rangka motosikal yang dicuri itu dibuang ke dalam tasik bagi menghapuskan bukti,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah melakukan kegiatan itu lebih tiga tahun lalu berdasarkan keadaan rangka motosikal yang ditemui.

Mohd Shukor berkata, polis masih mencari saki-baki anggota sindiket itu, manakala tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu.

-berita harian-

MASYRU’IYAT DAN MATLAMAT PUASA RAMADHAN.

0

Category : Agama

1. “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa “( QS Al-Baqarah : 183 ).

2. “Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil ), karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa… ” ( Al-Baqarah: 185).

3. ” Telah bersabda Rasulullah saw. : Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad ituadalah utusan Allah. Mendirikan Shalat Mengeluarkan Zakat puasa di bulan Ramadhan Menunaikan haji ke Ka’bah. ( HR.Bukhari Muslim ).

4. “Diriwayatkan dari Thalhah bin ‘ Ubaidillah ra. : bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda : puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi : Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku ?. Beliau bersabda : tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah. “.

KESIMPULAN : Dari ayat-ayat dan hadits-hadits diatas, kita dapat mengambil pelajaran :

1. puasa Ramadhan hukumnya Fardu ‘Ain ( dalil 1, 2, 3 dan 4 ).

2. puasa Ramadhan disyari’atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan (dalil no 1).

Tak boleh ketawa

0

Category : Lawak

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu.

“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.

“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi.

“Tidak..”, jawab wanita itu.

“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri dikhalayak ramai? ” getusnya.

Mayat baca Yasin

0

Category : Agama, Ajaib, Luar negara

“Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la…. tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.

Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. ” sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Ahmad Said Kecewa, ADUN BN ‘ Protes senyap ’

0

Category : Apa dah jadi, Politik, Terengganu

Kuala Terengganu (buletinonline) – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

kerusiadunkosong
(Gambar – kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan ‘memulaukan’ sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.

Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

>> LIHAT LANJUT

Peragut beg kena belasah

1

Category : Macam-macam hal, Malaysiaku

peragutKota Bahru : Cubaan nekad seorang peragut berbasikal bertopeng muka merampas beg tangan suri rumah dalam kereta di lampu isyarat Jalan Kuala Krai di sini, petang semalam, berakhir apabila dia ditangkap dan dibelasah orang ramai yang mengejarnya

Dalam kejadian jam 4.20 petang di depan pejabat Berita Harian di sini, suspek dikejar dan ditangkap orang ramai apabila terperangkap di kompleks Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, kira-kira 100 meter dari tempat dia meragut beg tangan Norazita Md Noor, 36, yang berisi wang tunai dan barang kemas.

Orang ramai terpaksa bergelut untuk menahan lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada dua anggota Unit Kereta Peronda Polis Kota Bharu yang kebetulan berhenti meninjau keadaan tegang di tempat kejadian.

Norazita berkata, ketika kejadian, beliau bersama suami dalam perjalanan ke bazar Ramadan.

“Ketika suami berhenti di lampu isyarat, saya lihat lelaki memakai topeng muka berbasikal melawan arus.

“Menerusi cermin sisi saya nampak suspek berpatah balik dan tiba-tiba dia meragut beg tangan di riba.

“Pemandu di belakang kami yang melihat kejadian itu membunyikan hon kenderaan masing-masing. Suami saya keluar sambil menjerit meminta bantuan,” katanya.

-Berita Harian-

Penangan influenza A H1N1 : Brazil catat kematian 557 orang

0

Category : Malaysiaku

Brazil mencatatkan 557 kes kematian akibat selesema babi sekali gus menjadikannya negara yang mencatatkan rekod kematian tertinggi di dunia akibat jangkitan maut itu.

Kementerian Kesihatan Brazil dalam kenyataan berkata, kerajaan memperuntukkan lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) untuk membeli 73 juta dos baru vaksin selesema babi termasuk bekalan Tamiflu, kelengkapan hospital dan peralatan diagnostik.

Kadar jangkitan meningkat begitu ketara ketika musim sejuk baru-baru ini. Apa yang membimbangkan kita ialah kita bakal menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi. Kementerian kesihatan meramalkan jumlah jangkitan ketika musim tengkujuh akan meningkat daripada hari-hari biasa.

Apa yang mengembirakan kita ialah semalam tiada jangkitan baru dikesan dinegara kita. Walaupun jumlah kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) kekal 71 orang sehingga semalam dan seramai 1,394 pesakit sedang dirawat.

Kita berdoa kepada Allah agar bala ini segera dihilangkan daripada kita semua.Amiin

Nenek ngan cucu

0

Category : Lawak

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya…

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak…. nak berdiam diri
kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani…

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si
ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti
memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

“Kenapa engkau menampar muka sendiri?”

Jawab si ayah
“Anakku dipukul orang … dan untuk membalas perbuatannya itu, aku
telah memukul anak orang itu.”

[ Online : 913 hari. ]