3 cahaya di hari KIAMAT

0

Category : Agama

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :

“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.”

OBAMA IS yahudi!!!!

0

Category : Luar negara

barack-obama-political-mask-low-price

Ingatkan nasibnya akn sama spt JFK yg mati kena tembak…oleh org yahudi.
Rupenya Obama (darah mix tapi bukan dgn yahudi) mmg dh ader link dgn yahudi utk jadi presiden !

Sejarah amerika…selain org yg bukan darah yahudi tidak layak jadi presiden amerika, di antaranya JFK bukan berdarah yahudi- fact
Seluruh keluarga JFK mati secara misteri dlm kemalangan.
Selidik la sendri klu nk tau lebih lanjut….l

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel ? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?

>> LIHAT LANJUT

MCA pecat Chua Soi Lek, kuat kuasa serta-merta

0

Category : Malaysiaku, Politik

Lembaga Presiden MCA menerima syor jawatankuasa disiplin MCA untuk memecat timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebentar tadi.

Keputusan memecat Dr Chua daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan pemecatan itu diambil berikutan isu Dr Chua Soi Lek dan DVD skandal seks beliau yang dianggap menjejaskan imej parti komponen Barisan Nasional berkenaan.

Islam mengutamakan kebersihan

0

Category : Agama

Agama Islam amat mengutamakan kebersihan. Islam memandang aspek kebersihan dari dua segi iaitu kebersihan fizikal dan kebersihan spiritual. Kebersihan fizikal ialah kebersihan anggota luaran seperti kebersihan tubuh badan, alam sekitar dan yang seumpama dengannya. Kebersihan spiritual pula melibatkan kebersihan dalaman yang boleh dikesan melalui tingkah laku, sikap dan budaya hidup.

Walaupun agama Islam menganjurkan umatnya menghargai kebersihan, namun sebahagian daripada kita masih tidak mengambil iktibar dan tidak ambil pusing tentang hal itu. Lihatlah rumah kediaman kita, persekitaran kita, rumah ibadat kita dan sebagainya. Adakah menggambarkan sikap dan budaya yang dianjurkan oleh Islam? Penulis pasti, dan semua pihak bersetuju bahawa perlakuan dan sikap kita tidak menggambarkan sebagaimana yang dianjurkan oleh agama kita.

Lihatlah rumah ibadat kita. Bagaimanakah keadaan tandasnya? Selain kotor dan tidak terjaga, kebanyakan tandas di masjid-masjid seolah-olah tiada penyelenggaraan dan tidak diambil peduli. Najis tidak dijirus sebagaimana sewajibnya dilakukan. Bau busuk menusuk rongga hidung dan memualkan kepada sesiapa sahaja yang memasuki tandas rumah ibadat kita.

Kemudian kita melangkah kaki memasuki tempat sujud. Keadaan serupa wujud di dalam sana. Tahi cicak terdapat di sana sini. Kadang-kadang oleh sebab sudah terlalu lama dibiarkan, tahi cicak berderai menjadi debu-debu yang sukar dikenal pasti. Keadaan ini menyebabkan solat kita dalam keadaan syak wasangka dan kurang kualitinya.

Semua keadaan ini berpunca daripada sikap kita sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan suatu pihak sahaja. Kita harus menyalahkan diri kita sendiri yang mengaku bahawa kita adalah penganut agama Islam dan menghargai kebersihan. Kita tidak boleh mengharapkan pekerja masjid sahaja dalam hal penjagaan kebersihan ini.

KEBERSIHAN ASAS KESIHATAN

Nak tengok keretapi berlanggar

0

Category : Lawak

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.

“Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri.

“Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,”jawab Sarjo.

“Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?”tanya Pak Basri lagi.

“Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”.

“Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?”.

“Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat.”

“Kalau telefonnya sedang digunakan?”

“Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?”

“Kalau telefon awam rosak?”

“Saya akan pulang menjemput nenek saya.”

“Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri
kehairanan.

“Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar.”

3 tanda dapat lihat Lailatul Qadar

0

Category : Agama

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul al-Qadar. Dan, tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3)

Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu dengan yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah saw.

Selain dikenali sebagai bulan puasa dan bulan beribadat, Ramadan dipanggil juga bulan penurunan al-Quran (Nuzul Quran), seperti diterangkan dalam firman Allah bermaksud:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan serta perbezaan (antara yang benar dan yang salah)…” (al-Baqarah:185)

Pada ayat pertama surah al-Qadar menerangkan al-Quran diturunkan pada Lailatul al-Qadar, iaitu malam kemuliaan dan kebesaran-saling berkait di antara Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar.

Justeru, dapat disimpulkan Lailatul al-Qadar itu ialah satu malam daripada bulan Ramadan. Tetapi apakah sebenarnya Lailatul Qadar, bila tarikh yang tepat dan apa kelebihannya?

>> LIHAT LANJUT

Hukuman sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan

1

Category : Apa dah jadi, Mahkamah, Malaysiaku

Hukuman sebat keatas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguhkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip). Kartika dihantar ke rumah bapanya di Sungai Siput oleh van JAIP.

Sebelum itu penduduk kampung terbabit telah mengadakan solat hajat agar Kartika tabah menghadapi hukuman sebat..

Beliau dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan dia ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Pas mengekalkan kemenangan di Permatang Pasir

0

Category : Penang, pilihanraya, Politik

Calon Pas dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Mohd Salleh, 52, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi setelah mendapat 9,618 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai kerana serangan jantung.

Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar, kejayaan ini jelas membuktikan bahawa tanggapan kononnya pakatan pembangkang dan PAS sendiri mempunyai masalah dalaman adalah tidak benar.

Katanya kemenangan Mohd Salleh juga menunjukkan bahawa trend pengundian pada 2008 masih wujud dalam masyarakat dan kekurangan bilangan pengundi yang keluar mengundi berpunca daripada tarikh pengundian pada hari bekerja.

Seramai 14,832 orang atau 73.1 peratus daripada 20,290 pengundi berdaftar telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

Hari Terakhir Kempen Pilihanraya Permatang Pasir Kecoh Gara-gara Sepanduk

0

Category : Penang, pilihanraya, Politik

BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos (Bernama) — Gara-gara sepanduk, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sedikit tercemar Isnin dengan kekecohan antara kedua-dua penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN).

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di sini dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan “Awas!!! Pengundi Hantu Pas” yang digantung BN di bilik gerakan itu.

>> LIHAT LANJUT

Jambatan baru yang akan menghubungkan Malaysia dan Indonesia

0

Category : Malaysiaku, Melaka

Teluk Gong di Melaka dan Dumai

Teluk Gong di Melaka dan Dumai

Projek pembinaan jambatan itu berdaya maju dan menguntungkan dan dijangka meningkatkan sektor pelancongan Melaka serta ekonomi kedua-dua negara, kata Mohd Ali.

“Jambatan itu mempunyai potensi ekonomi yang besar, jika diambil kira penduduk di Sumatera yang berjumlah 70 juta orang berbanding dengan Singapura, yang mempunyai hanya 4.0 juta penduduk,” katanya.

Katanya, trafik di atas jambatan itu dianggarkan kira-kira 15,000 kenderaan dan caj tol setiap kenderaan boleh dikenakan antara AS$75 (kira-kira RM262.5) hingga AS$85 (kira-kira RM297.5). – BERNAMA

>>> LIHAT LANJUT

[ Online : 1011 hari. ]