Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah

0

Category : Politik, Terengganu

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

Rasuah politik: Saya sudah jalani hukuman, kata Isa

0

Category : Politik

Oleh Andrew Ong

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.

Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.

Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Raja Sesumpah Muncul Lagi !!

0

Category : Politik

By  addin
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang lebih terkenal dengan gelaran Raja Sesumpah telah uncul kembali. Beliau menjadi pelakon utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil PRK Parlimen Permatang Pauh bulan Ogos tahun lalu. Dijangkakan akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di DUN Bagan Pinang tidak lama lagi.

Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Raja Sesumpah ini telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana pro UMNO maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ‘pak sanggup’ sekali lagi. Beliau menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sempit UMNO BN.

Raja Sesumpah dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang. Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock. Kenyataan Raja Sesumpah ini menjadi kemusyikilan kerana selama ini beliau sudah pasti dikelilingi oleh ‘bodyguard’ kerana beliau individu penting bagi kes ini.

Siapa yang mahu mengugat ketenteraman beliau? Melainkan hati beliau sendiri tidak tenteram kerana melakukan dosa fitnah terhadap Anwar. Tambah menjadi prejudis lagi apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

Namun kehadiran beliau tidak menjadi ‘kudis’ kepada Pakatan Rakyat menjelang PRK DUN Bagan Pinang kerana sudah terbukti sebelum ini. Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin UMNO BN ternyata rakyat sudah tahu beliaulah ialah Raja Sesumpah yang sudah terkena sumpah beliau sendiri.

Video rancangan pengeboman dari komputer riba Noordin Mat Top didedahkan

0

Category : nordin mat top

Polis Indonesia hari ini mendedahkan siri fail yang diambil daripada komputer riba suspek pengganas, Noordin Mohamed Top yang menunjukkan perancangan secara terperinci dan santai yang dilakukan oleh suspek-suspek pengganas sebelum insiden pengeboman di Jakarta Julai lalu.

Rakaman video daripada komputer riba yang dirampas dalam serbuan di Jawa Tengah bulan ini yang turut membunuh Noordin, 41, menunjukkan pengebom berani mati dan anggota-angota militan lain sedang berbincang dan membuat persediaan untuk dua pengeboman berani mati pada 17 Julai lalu yang telah mengorbankan tujuh nyawa.

Sebak di pusara Seniman Agung

0

Category : Artist, sejarah

Oleh Sakini Mohd Said

TANGGAL 29 Mei lalu, genap 36 tahun industri hiburan tempatan kehilangan seorang insan seni berjiwa besar, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang meninggal dunia pada 1973 kerana penyakit jantung.

Biarpun sudah lama arwah pulang ke Rahmatullah, khazanah seni peninggalannya bukan saja cukup bernilai pada saat ini, malah sentiasa mendapat perhatian kerana kualiti jalan cerita di samping pelakonnya menggamit sesiapa saja yang menonton.

Mengambil keberkatan Ramadan lalu, sahabat baik arwah iaitu pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip, Datuk Aziz Sattar bersama bekas jurugambar hiburan yang kini jurugambar politik, Roslay Raffie mengadakan majlis tahlil pada 13 Ogos lalu di tanah perkuburan Islam Ampang bagi mengingati pengorbanan arwah selama ini.

Majlis itu turut diadakan untuk Puan Sri Saloma, bekas isteri, Norizan dan anak arwah Nasir serta sahabat, AR Tompel.

Antara artis veteran yang turut hadir Datuk Mustapha Maarof, Datuk M Daud Wahid, Mariani bersama anaknya, Rozita Rohaizad serta anak-anak arwah Nasir.

Bagi Aziz, 84, perasaan sebak tidak dapat lari tatkala menziarahi pusara rakan baiknya itu.

Suami terlampau

0

Category : Macam-macam hal

Oleh Amir Abd Hamid

“Saya sedih dan kecewa kerana kes ini tidak dilayan walaupun pelbagai bukti kekejaman suami diserah kepada Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, termasuk laporan polis bagi menyokong tuntutan fasakh.

“Selain dipukul dan diperlakukan sesuka hati oleh suami, saya ada membuat aduan polis mengenai tindakan anak tiri saya berusia belasan tahun menodai saya, tetapi semua itu tidak dilayan,” keluh seorang wanita berusia 47 tahun yang mendakwa didera suami.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sapiah meluahkan kekecewaannya kerana mengalami penderitaan dan penderaan mental serta fizikal sejak berkahwin dengan suaminya enam tahun lalu.

Mengimbas perkahwinan itu, Sapiah mendakwa, dia dipaksa berkahwin apabila sering diancam termasuk diugut dengan senapang patah oleh lelaki berkenaan.
“Kami berkenalan ketika sama-sama bekerja di sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

“Saya bertugas di bahagian kerani operasi yang antara lain ditugaskan membuat pengesahan keluar masuk senjata api, manakala dia berjawatan pegawai operasi keselamatan.

“Dia memang kerap cuba memikat tapi saya tidak layan. Sehinggalah ke satu tahap dia mengacu senapang patah sambil mengugut akan membunuh saya jika tidak berkahwin dengannya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini.

Akibatnya, Sapiah berkata, dia akhirnya akur dengan desakan itu dan berkahwin dengan lelaki terbabit yang juga duda beranak dua.

Selepas berkahwin, katanya mereka berpindah ke Melaka berikutan suaminya memberi alasan mahu bekerja berhampiran dengan kampung halamannya.

“Ketika di rumah itu, barulah saya tahu segala perlakuan suami. Dia terlampau banyak menonton cakera padat video (VCD) lucah, malah telefon bimbitnya juga mengandungi lebih 500 gambar dan rakaman porno.

“Apa yang mengejutkan ialah suami juga mengetahui anaknya turut mempunyai kegemaran menonton VCD lucah, tapi dia langsung tak marah atau melarang.

“Suami juga mempunyai nafsu terlampau tinggi… setiap hari secara purata dia menginginkan persetubuhan sebanyak 10 kali,” katanya.

Remaja terlena selepas seks dibelasah abang teman wanita

0

Category : Macam-macam hal, Negeri Sembilan

Oleh Jaafar Mulup

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan Felda Jelai dekat sini, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.

Pelajar berkenaan yang ditemani ahli keluarganya, kemudian membuat laporan polis sebelum remaja lelaki itu ditahan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurut sumber, remaja lelaki terbabit memasuki bilik pelajar berkenaan melalui tingkap yang tidak dikunci, kira-kira jam 12 tengah malam selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: “Kalau nak, datanglah seperti biasa ikut tingkap bilik.”

Bagaimanapun, abang remaja perempuan itu mengesyaki sesuatu apabila melihat lampu bilik adiknya menyala ketika hendak ke bilik air.

Nama calon2 Pilihanraya Bagan Pinang

0

Category : Negeri Sembilan, pilihanraya, Politik

PORT DICKSON: Pas memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini.

Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, sebentar tadi.

Awal petang tadi, Barisan Nasional (BN) mengemukakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Samad yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang sebagai calon mempertahankan kerusi itu.–bharian

Fed-up with repeats on Astro

0

Category : Apa dah jadi, english

By Ng Suzhen

RAZMAN of Petaling Jaya is upset about the repeats on Astro channels. From ZeeTV to Hallmark to AXN, there is non-stop repetition of the same programmes.

“It has been six to  even months and I am quite tired of coming home to watch the same thing on Astro. We are paying extra for our subscription and if this is the kind of service we receive, then it just doesn’t justify why consumers have to pay so much.”

RAZMAN wants an explanation why the programmes are always repeated and hopes Astro will take note of this matter so that consumers do not pay for nothing.

Sebatian kimia dan keunikan semut

0

Category : Ajaib

gambar-semutSEKALI pandang, semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia.
Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama Islam sehinggakan di dalam kitab suci Al Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamakan semut iaitu Surah al-Naml.
Kehidupan semut juga agak unik. Bayangkan bagaimana beribu-ribu ekor semut di dalam koloni mereka dapat mengenali antara satu sama lain.
Pernahkah kita memerhatikan pergerakan semut sewaktu ia berjalan dan berjumpa semut lain.

Semut-semut seakan-akan bercium atau bersentuhan antara satu sama lain. Seolah-olah mereka kenal antara satu dengan yang lain di dalam sebuah kumpulan semut yang berjumlah puluhan ribu pada satu-satu masa.

[ Online : 1011 hari. ]