Selepas membaca akhbar dan mengikuti perkembangan terkini. Nampaknya sesetengah rakyat indon begitu bersungguh-sungguh nak menghina dan mencabar kesabaran rakyat Malaysia. Orang Malaysia yang memang terkenal dengan kesabaran dan coolnya. Masih lagi berdiam diri dan tidak belum membuat sebarang tindakblas terhadap penghinaan mereka.Sampai bilakah kita harus bersabar??!.
Dengan kehadiran rakyat indon yang beratus ribu berada di negara kita sekarang. Saya pasti mesti ada yang terpengaruh dengan kumpulan provokasi ini dan semestinya mereka akan menyokong negara mereka. Jadi berhati-hatilah dengan mereka, mungkin ada sesuatu yang tak elok bermain fikiran mereka. Hanya sekadar ingatan. Mana tau ‘mungkin gunting dalam lipatan’.
Keratan akhbar bharian:
“JAKARTA:Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.
Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.
Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.
Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.
Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.
Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.
Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. – Agensi”






