Polis halang isteri lihat mayat Noordin, dikebumi di Indonesia

1

Category : nordin mat top

SOLO: Polis tidak membenarkan dua isteri militan dikehendaki Indonesia, Noordin Mat Top, mengebumikan jenazahnya di negara itu, kata peguam wanita berkenaan, semalam.

Munfiatun dan Arina mengahwini Noordin, 41, ketika lelaki itu diburu polis kerana dituduh terbabit dalam beberapa pengeboman.

Mereka tidak dibenarkan melihat mayat suami di hospital polis di Jakarta, kata peguam, Mohammed Kurniawan.

“Saya menyerahkan permohonan mereka kepada polis tetapi ia ditolak kerana mereka tidak ada dokumen rasmi menunjukkan mereka adalah isteri Noordin.

“Mereka memang mahu lihat mayat Noordin. Selepas itu, jika boleh, jenazah akan dikebumikan di Indonesia,” katanya lagi.

Noordin, warga Malaysia, mengetuai kumpulan serpihan Jemaah Islamiah (JI) yang radikal. Dia maut bersama tiga orang lain selepas pihak berkuasa mengepung tempat persembunyiannya di Jawa Tengah, minggu lalu.

Polis Indonesia berkata, mereka akan menyerahkan mayat Noordin kepada isteri pertamanya, Rahmah Rusdi di Johor, tempat asal pasangan itu.

Di Solo, dekat tempat Noordin dibunuh, polis menahan berpuluh-puluh anggota Barisan Pertahan Islam yang membantah cubaan beberapa kumpulan tempatan yang membantah tiga rakan Noordin dikebumikan di sana.

Beberapa poster mula dilihat awal minggu ini meminta supaya jenazah Urwah, Susilo dan Ario Sudarso tidak dikebumikan di bandar itu.

Comments (1)

semoga Allah cucuri rahmat keatas almarhum Nordin…..Amin

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]