RM16 juta untuk ‘ Road to London ‘ terlalu besar

0

Category : Politik

Harakahdaily:Pemuda PAS mempersoal tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan RM16 juta bagi tempoh 2009 hingga 2012 untuk menjayakan program ‘Road to London 2012′ bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012.
Mereka bukan menolak insentif sukan tetapi meminta meminta kerajaan melihat kembali proses pembinaan atlit negara dahulu dan sekarang di samping kedudukan ekonomi negara kini, kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

Dalam tempoh 2009 – 2012, secara puratanya kerajaan akan membelanjakan RM5.3 juta setahun bagi 19 atlet yang dipilih dari empat acara sukan iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun.

Nasrudin n berkata dalam satu kenyataan berkata, Pemuda PAS tidak menolak jika perbelanjaan itu mempunyai asas yang kuat untuk kebaikan rakyat di seluruh negara.

Namun apa yang dipersoalkan adalah nilainya yang terlalu tinggi iaitu RM16 juta untuk seketul pingat emas olimpik….

>> LIHAT LANJUT

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]