Anggota polis bersiap sedia mengawal kawasan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sepanjang tempoh berlangsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama tiga hari yang bermula hari ini, bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
IPOH: Bekas Speaker, V Sivakumar mengeluarkan notis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang supaya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dipindahkan ke Hotel Heritage, mulai jam 11 pagi ini.
Beliau yang dihalang daripada memasuki DUN sebelum itu kerana memakai jubah Speaker, berkata Sidang DUN pembangkang akan dimulakan dengan pembentangan bajet oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga memberi perkenan untuk berjumpa Nizar di Istana Kinta jam 3 petang ini.






