BANDA ACEH: Lelaki ini bergegas mengangkat anak lelakinya ke kawasan tanah lebih tinggi untuk selamatkan diri daripada tsunami. Tetapi ia hanya satu latihan amaran tsunami di Banda Aceh, di wilayah Aceh, Indonesia, semalam.
Apabila siren berbunyi, ibu bapa terus membawa anak mereka bersama ratusan orang lain yang berlari menuju tempat perlindungan kecemasan di Indonesia, sedang negara-negara yang bersempadankan Lautan Hindi menjalankan ujian sistem amaran tsunami selepas berlakunya bencana yang meragut ratusan ribu nyawa pada 2004. — AP.






