Belum ada arahan sebat Kartika: KDN

0

Category : umum

Kementerian Dalam Negeri masih menunggu perintah pelaksanaan daripada Mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hukuman sebat itu akan hanya dapat dijalankan dengan adanya perintah pelaksanaan itu.

“Kalau tidak, ia tidak sah. Ini berasaskan pada undang-undang,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian bangunan dan asrama Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas, Melaka hari ini oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar.

Kartika, 32, dari Sungai Siput, Perak, didenda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan oleh Makkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lepas. BERNAMA

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]