Dah lah tu bergaduh..

0

Category : Politik

By Roslan SMS

Dari tulisan Dr Aziz Bari ke tulisan Tok Guru dalam blognya. Politik PAS kembali panas.”Mari kita adakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM), mari kita tukar dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah. Mari kita ambil mandat baru. Mari kita bawa tajdid dalam PAS. ”

 Mungkin ada yang melonjak gembira dengan cadangan ini, namun saya yakin ramai juga yang sedih, sesal dan kesal bagaimana tiba-tiba ia boleh dibangkitkan, mengapa sekarang ini?

Mengapa tidak kita berusaha bersama-sama memperkuat dan meneguhkan parti dan jemaah? Mengapa tidak kita merapatkan saf memperakasa jentera kita agar beroperasi lebih lancar bagi menghadapi cabaran mendatang? Mengapa tidak seluruh kepimpinan berbaik sangka dan merebut peluang yang ada bagi memastikan PAS bakal muncul merealisasikan cita-cita perjuangannya dalam tempoh terdekat?

PAS kini diberikan Allah swt kekuatan yang tidak pernah ia kecapi sebelum ini. PAS melalui gagasan Pakatan Rakyat menguasai Kelantan dan Kedah serta bersama mentadbir Selangor dan membantu Pulau Pinang. Wakilnya di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dirasakan kehadirannya begitu juga di dewan-dewan negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.

Bersama kita menguruskan kemenangan ini dan bersama kita mengeksploitasinya supaya lebih memenangkan kita di masa depan. Semua pemimpin diberbagai peringkat telah menyumbang dan perlu menyumbang. Ahli-ahli dan para penyokong mengharapkan kita terus meraih kemenangan demi matlamat dan dasar pejuangan kita.

Cukup-cukuplah bersengketa dan hanyut dari asal kita.

Marilah kita ikhlas memacu perjuangan ini.

Saya mendoakan agar Allah swt menyelamatkan PAS, menyelamatkan pemimpin-pemimpinnya dan merestui usaha dan pengorbanan kita. Kita sayang pemimpin-pemimpin kita, kita sayang perjuangan ini. Jangan kita dipersalahkan oleh jenerasi mendatang lantaran kecundang setelah dipinjamkan kemenangan.

Post a comment

[ Online : 391 hari. ]