Diskaun 20% tol sempena Deepavali

0

Category : Info

Sempena perayaan Deepavali, diskaun sehingga 20 peratus akan dinikmati oleh kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan dan Elite untuk tempoh 14 hingga 16 Oktober dan 19 hingga 21 Oktober, antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Pengarah Urusan Plus Expressway Berhad, Noorizah Abd Hamid berkata diskaun itu tambahan kepada diskaun 10 peratus sedia ada di kedua-dua lebuh raya luar waktu puncak setiap hari.

“Diskaun ini sebahagian Program Intensif Perjalanan (PTI) PLUS menghargai pengguna lebuh raya terutama di musim perayaan.

“Ia bertujuan mengagihkan aliran trafik ke luar waktu puncak, sekali gus membolehkan pengguna menikmati perjalanan lancar dan selesa,” katanya dalam kenyataan, semalam.-hmetro

Post a comment

[ Online : 1011 hari. ]