Elis Syuhaila kemuka gambar suami minum arak

0

Category : Artist

SHAH ALAM – Seorang bekas pensyarah universiti tempatan mengemukakan gambar asal yang menunjukkan suaminya, seorang warga Belanda tidak mengamalkan ajaran Islam seperti minum minuman keras.

Gambar yang dikemukakan Elis Syuhaila Mokhtar, 34, juga menunjukkan aksi Frank Theodorus Van de Ven @ Firdaus, 40, sedang ‘mengusahakan’ tanaman ganja dan popi.

Elis Syuhaila berkata, ganja dan popi itu ditanam di kawasan rumah mereka yang terletak di Belgium.

25 keping gambar yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam juga termasuk gambar Frank Theodorus bersama wanita yang bukan muhrim.

:Gambar tersebut dikemukakan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad, yang mendengar permohonan Elis Syuhaila supaya diberikan hak jagaan anaknya berusia lima tahun, Ferris Mokhtar Van de Ven.

Elis Syuhaila diwakili peguam syarie Salwa Fadzil.

Abu Zaky menetapkan 27 Oktober ini untuk pihak terlibat memasukkan hujahan sementara keputusan kes dijadualkan pada 10 November ini.

Sebelum ini, berdasarkan keterangan Elis Syuhaila pada 10 September lalu, dia memohon diberikan hak jagaan itu kerana bimbang akidah Ferris yang dimaklumkan berada di Belgium terpesong dari ajaran Islam.

Dia yang berkahwin dengan Frank Theodorus pada 15 Disember 2001 kini dalam proses bercerai secara fasakh yang di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, dekat sini.

Elis Syuhaila sudah lapan bulan tidak berjumpa dengan Ferris berikutan tindakan Frank Theodorus tidak memulangkan anaknya sejak 10 Mac lalu.-sinar

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]