Kanak-kanak 3 tahun mati setelah didera, dirogol, diliwat

18

Category : jenayah

liwatKAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.

“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.

“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.-metro

Comments (18)

aku nangis baca berita ni…terbyg2 wajah kecil itu merayu2 meminta pertolongan dan menahan ksakitan yang amat sgt.. sungguh kejam…sgt2 tidak boleh dimaafkan perbuatan binatang itu….hukumlah mereka dgn hukuman yang setimpal dgn penderitaan anak kecil itu…

binatang dua ekor ni perangai mengalahkan iblis!!!!! nak jer aku ambil buluh sula kan jer binatang-binatang ni

sedih sangat2 baca citer ni.Kalaulah aku dapat selamatkan budak tu..

Memang bintang,sedangkan binatang pun sayangkan anak sehingga sangup mempertahankan teman lelakinya yang tiada
pertalian darah dengan dia.Kalu rasa x nak jaga anak,jangan buat anak.Ibu apa macam tu…Semoga mereka
mendapat hukuman yang setimpal..Alfatiha kepada aruah..

Teruk dari binatang pasangan ni, binatang pun pandai sayang anak.May the girl rest in peace

perempuan nie x layak jadi ibu sebab sanggup bunuh anak sendiri. xleh bayang macam mane die leh dera dan pukul anak sendiri sampai x berdaya dan hilang nyawa.Hukuman yang paling setimpal untuk mereka adalah hukuman gantung sampai mati..
Alfatihah untuk si kecil yg malang..if u be my dotter,dis wouldn’t be happen..never n never..

aku dpt tahu ttg kematian budak nih dr berita tv.
Aku nangis selepas dgr berita tuh.. sedihnya..
Aku juga seorg ibu, aku sendiri pernah melalui pengalaman membesarkan anak dr umur sehari, seterusnya semakin membesar, dan aku tahu bgmana kecilnya lg seseorg kanak2 itu sewaktu berusia 3 tahun..

di usia itu, mereka amat manja & memerlukan kita utk menjaga serta melindungi mereka..
tak dpat aku bayangkan bgmana dia berada dalam kesakitan akibat didera, dirogol, diliwat & tiada sipa disitu utk melindunginya..
kalaulah aku dapat melindungi dia.. :(

Drpd lebam2 yg ada pada muka anak kecil tuh, aku rasa kejadian penderaan ini sudah lama berlaku, mungkin ibunya diamkan sahaja kerana terlalu syangkan bf dia tuh..

Apa punya manusia pun aku tak tahu..
Binatang pun tahu sayangkan anak, dan sekiranya dia merasakan ada nya ancaman kepada anak dia, dengan segera dia akan menyerang ancaman itu utk mempertahankan anaknya..

Aku ni seorg yg sgt sayangkan kanak2, bila aku dapat tahu sebarang berita yg melibatkan kekejaman kepada kanak2, hati aku diruntun hiba, kerana aku juga mempunyai seorg anak perempuan yg sekarang sudah berusia 6 tahun. setiap kali aku terpandangkan muka anak aku sewaktu dia tgh tidur, serta merta aku terkenangkan kanak2 lain yg tidak bernasib baik, didera,dirogol, diliwat hingga mati..

Aku pasti, semua ibu2 diluar sana kesal dgn kejadian nih, berdoalah kita kepada Allah SWT, supaya semua kanak2 di dunia ini dijauhkan drpd perbuatan yg kejam & tidak berperikemanusiaan sebegini..
semoga anak2 kita selamat dimana jua mereka berada..

Al Fatihah kepada arwah, semoga dirimu tenang disisi Allah..

sedeh bace berite ni.
semoge arwah bersemadi aman.
hidup pn tanggung derite je.
harap mak bodoh ngn bf gile sex diSULA sampai mati.

sedeh…sebak…ngalir airmata baca berita nih…
xdpt nk bygkn cmna la keadaan mgsa time didera tuh…

Aku bila tengok gambar budak ini tak dapat bayangkan, macamana rasa sakit semasa didera. Tengok dahi budak sampai berlubang, bibir pecah-pecah, telinga sampai lebam macam tu sekali..Aku tak tahu pun ada manusia macam nie kat dunia ini.
Budak tu bukan buat dosa apa pun dengan dia..
Mak dia pulak tergamak biarkan, benda ini berlaku..Kalau jumpa binatang dua ekor tu, memang aku nak sulam dengan paip sampai keluar ikut mulut..geram sangat..

Mangkuk tingkat tul mak dia..ni yg nk carutni &%&*^*(%^&%&^%&*^*&(…sedih aku bc bila tgk gamba lagi sedih.. kalo aku dpt 2 eko cipanzie ni mau aku sosah gilo2..

Aku HEPYYYYY…….!!!!!! kalau diorang dihukum dengan puas ati!!!!!…I will Kill Them For U, aDikku angkat ku!!!

pilu,geram,gamam…mcm2 perasaan berbaur.naper lar mak die sanggup wat anak sendiri camnih.aku baru jer kehilangan anakku tahun lepas(meninggal dunia sebab terhidu asap).sedehnyer hanya Allah jer yg tau.sampai skrg pon aku masih trauma dan hiba dgn kejadian tuh.tapi aku x sangka lak demi nafsu serakah seorg wanita sanggup mengenepikan anak sendiri demi benda haram…taubatlah sebelum Allah menurunkan bala.

esh……ak rse dua2 ekor 2 cm ad masalh mental jer..ak skunk ea konpius dyorang ea spesies pe..binatang ke pe..manusia xla kot..lau xmou ank 2 bg ak pn xpe..esh..da2..pe ssh,kte bantai jer rmai2 hah.jom2,,sape nk join ak??Persatuan Menghapuskan Binatang2 Liar.

em.. ape kata kita rogol n liwat diorg blik? ape la bangang sgt diorg 2.. ksian la kt bdk kcik 2.. w/pn aku nie jht tp aku sedih tgk pic bdk 2.. smoga rohnya tenang di syurga..

aq xkn biarkan masyarakat lupe dengan perangai binatang ni…aq akn abadikan dalam painting aq utk open johor ni..mari kte same2 sokong dan ambik iktibar

manusia spt itu mmg patut dihukum seadil2nya..
pegi jahanam la dua2 manusia berhati binatang ni..yang sekor tu bole digelar ibu ke?masih nk m’pertahankan si jantan jahanam tu?ishhh…aku mmg pantang klu ada dpn muka, mampus aku kerjakan 2 binatang tu..celaka punya manusia. smp meninggal budak yang x tau pe2 dibuatnya…
aku xleh nk baca lagi cerita aaliyah ni.smp x sanggup nk bayangkan dah betapa dasyatnya kelakuan 2 ekor ni…YA Allah, Kau bagi la hukuman yang setimpal dgn perbuatan 2 manusia yang x ada perasaan langsung ni..!! dan hukuman di dunia plak, aku harap jgn terlepas..siksa betul2 dan lebih dasyat lagi dari penderitaan arwah aaliyah..moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aaliyah dan dimasukkan ke dalam Syurga…

Saya sarankan kepada pihak kerajaan terutamanya badan perundangan dan kehakiman mengkaji semula hukuman supaya, manusia yang melakukan kes-kes penderaan kanak2 ini dikenakan hukuman gantung sampai mati, walaupun kes tersebut tidak melibatkan kematian terhadap kanak2 yang didera. Sebut je kes dera hukuman mandatori mesti gantung sampai mati. Kami rakyat Malaysia masih ramai yang mampu jaga mangsa penderaan ini.

Post a comment

[ Online : 1015 hari. ]