
Kereta solar buatan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tiba di wilayah Australia Selatan semalam, selepas mengharungi perjalanan mencabar sejauh 2,432km melintasi kawasan pedalaman negara itu sejak Ahad lepas. Kereta Solar Ranger UNITEN itu adalah antara 32 kereta solar dari 15 negara yang menyertai Cabaran Solar Sedunia dari Darwin ke Adelaide sejauh 3,021 km.- BERNAMA






