Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kira-kira 2,220 permohonan daripada 3,335 pemohon kalangan kaum India untuk mendapatkan kewarganegaraan dan taraf penduduk tetap Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian dalam Negeri.
Permohonan itu diluluskan memandangkan pemohon menunjukkan taat setia mereka kepada negara ini, dan ada di antara mereka yang telah pun menunggu selama bertahun-tahun untuk menjadi rakyat Malaysia, katanya pada majlis jamuan malam anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini malam Jumaat.
Najib berkata mereka juga telah bekerja keras untuk mencari rezeki di negara ini dan oleh itu, mereka banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
Beliau turut menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya mempercepatkan proses meluluskan permohonan yang tertunggak oleh kaum India bagi mendapatkan status penduduk tetap dan warga negara.
“Saya telah meminta kementerian supaya meneliti masalah yang mempunyai kaitan dengan permohonan mendapatkan kewarganegaraan bagi penduduk tetap dan masalah lewat pendaftaran yang dihadapai oleh kaum India.
Beliau berkata kementerian berkenaan perlu menyelesaikan kes-kes tertunggak, dan perlu sentiasa mengumumkan keputusan yang dibuat berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.- BERNAMA







Kenapa ramai sangat?? Ikhlas ke bagi tu atau nak dapatkan sokongan politik kaum india?? atau nak tamabh penyokong.. Silap2 gaya nanti, ada warganegara baru ni jadi pembakang.Baru padan muka.:)
ntah pape…malaysia ni untuk sape sbnrnye???????????????????????????????????????????????????????/
Salam kpd semua pembaca
saya sebenarnya pn xfaham kenapa k’jaan buat keputusan tersebut..
sebenarnya saya pemegang PR malaysia
berasal dari Riau Indonesia, Dari usia 10tahun dan kini berusia 33 thn
menunggu sekian lama untuk menjadi warganegara malang nya gagal tampa sebarang sebab dan alasan.
Untuk pengetahuan saya kini menetap di JB telah berkahwin selama 7 thn, isteri saya seorang warganegara M’sia Alhamdulillah kami telah dikurniakan 2 cahayamata sekarang dan coming soon tambah lg satu.
Namun apa yang menjadi tanda tanya saya ialah kenapa payah sangat untuk saya mendapat kerakyaatan Malaysia? sedangkan dari kecil saya bersekolah di JB dan tiap2 hari isnin ada perhimpunan dan berikrar dan sumpah taat setia kepada Kerajaan hinggalah tamat tingkatan 6…sambung kat U dah xde laa…
Tapi saya musykil apa yang menyebabkan permohonhn saya ditolak mentah2 tampa sebarang alasan? sedangkan kaum lain senang2 je dapat warganegara..
2010 anak sulung saya akan mula bersekolah, ini menyukarkan prosedur2 dalam masa jangka panjang demi masa hadapan anak saya kelak..
Namun ini sekadar luahan hati shj…sebab terbaca statment tersebut.
Sekian sajalah coretan hamba kpd para pembaca
dan maaf le terdapat bahasa2 sms
wassalam…