Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kira-kira 2,220 permohonan daripada 3,335 pemohon kalangan kaum India untuk mendapatkan kewarganegaraan dan taraf penduduk tetap Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian dalam Negeri.
Permohonan itu diluluskan memandangkan pemohon menunjukkan taat setia mereka kepada negara ini, dan ada di antara mereka yang telah pun menunggu selama bertahun-tahun untuk menjadi rakyat Malaysia, katanya pada majlis jamuan malam anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini malam Jumaat.






