Peragut mati ditembak

0

Category : jenayah

JOHOR BAHARU – Polis menembak mati seorang peragut remaja berusia 20 tahun manakala rakannya yang cuba melibas parang panjang ke arah anggota polis bermotosikal berjaya melepaskan diri ketika dikejar di Taman Johor Jaya, di sini, pada malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Amer Awal berkata, atas maklumat awam, tiga anggota polis, yang menaiki motosikal masing-masing, berjaya mengesan kedua-dua peragut itu menaiki sebuah motosikal di Jalan Dedap 9 di sini pada kira-kira 12 tengah malam.

Bagaimanapun, peragut tersebut enggan berhenti lalu anggota polis mengejar mereka sejauh kira-kira 15 kilometer sebelum berjaya menghimpit motosikal lelaki berkenaan.

“Tindakan itu menyebabkan pembonceng motosikal berkenaan melibaskan parang panjang ke anggota polis terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. – Bernama

Post a comment

[ Online : 1015 hari. ]