Perbezaan hukuman sebat sivil dan sebatan mengikut kaedah syariah

2

Category : Agama, Mahkamah

Hukuman sebat secara sivil

Hukuman sebat secara sivil

 Sebatan mengikut kaedah Sivil

1- Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.

2- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4- Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.

5- Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.

6- Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.

7- Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum.

Sebatan mengikut kaedah Syariah

1- Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan.

2- Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3- Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa.

4- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk.

5- Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.

6- Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan ‘sederhana’ di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah.

7- Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit.

8- Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja.

Comments (2)

Hukum-hukum Islam telah ditetapkan oleh Allah dan muktamat. Tidak boleh dipinda-pinda.
Kalau tidak setuju dengan hukum-hukum Islam, jangan anut agama Islam. Pergi anut agama lain.
Yang bukan-Islam yang bising-bising tu, sebenarnya mahu Agama Islam disamakan dengan agama lain itu. Kalau ada orang Islam yang terikut-ikut sama, apa hukumnya? Munafik!!!

betulll

Post a comment

[ Online : 391 hari. ]