Resepi, cara menyediakan dan cara makan laksa Johor yang unik

9

Category : Johor, My Resepi

Resepi laksa johor

Resepi laksa johor

Berikut adalah resepi laksa Johor dan cara menyediakan laksa Johor. Disini juga disertakan cara yang sepatutnya makan laksa Johor.

Bahan-bahan resepi laksa johor:
500 gram atau 2 bungkus spageti, direbus hingga lembut
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambal
Limau kasturi

Bahan-bahan kuah resepi laksa johor:

Minyak untuk menumis

5 biji bawang merah, dihiris

2 ulas bawang putih, dihiris

2.5 cm halia, dihiris

1 bungkus rempah kari ikan

1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa

3 batang serai, dititik

2.5 cm lengkuas, dititik

1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar

1 1/2 mangkuk santan cair

5 keping asam gelugur

200 g udang, direbus

50 sen udang kering

1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik

Garam secukupnya

Cara membuat kuahnya

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.

4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

5. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan-bahan lain.

Kelebihan resepi Laksa Johor Berbanding ngn laksa lain

1)mee yang digunakan adalah spagetti..melambangkan makanan barat pon boleh dimelayukan.

2)Cara makan sebenar laksa johor ini adalah menggunakan TANGAN, bukan sudu atau garfu. Macam makan nasi tapi kali ini gunakan tangan makan laksa Johor. Kalau orang tak biasa makan laksa cara menggunakan akan merasa kekok kerana ia  memerlukan skill untuk mencampurkan kuah dengan laksanya. Tapi bila dah biasa, makan laksa johor gunakan sudu rasa macam tak puas. Kalau terer takder baki kuah pon tinggal bile dah abes mkn sbb mee ngn kuah sama byk.Baru ngam!!

3)Laksa letak sambal belacan dengan ulam.Mmg unik.Dan sgt sedap.

5) Di johor laksa  johor juga dihidangkan semasa manyambut hari raya aidil fitri

Jom kite cuba makan laksa johor menggunakan tangan dengan resepi laksa Johor yang istimewa kali ini…JOM CUBA!!

Comments (9)

laksa johor memang best giler. makan sekali memang nak lagi.

betul3x. isteri sy masak hri tu. mmg menjadi. power, alhamdulillah

best aku suka laksa johor

best

memang betul.. mkn laksa johor dengan tanga. baru ngam. tapi bila kita cakap…… ada yang x percaya.

Thanks for the recipe…sedap sangat…kawan2 saya suka makannya…

Tambahkan daun selom dihiris,bunga kantan dihiris dan sambal belacan tu tumbuk skali dgn bilis yg disangan. Peh!

Mmg sdp laksa Johor…mula2 x pandai mkn tp ble dh pandai,pantang jmpe jer….

laksa johor adalah laksa yang no 1 di Malaysia

Post a comment

[ Online : 1931 hari. ]