KABUL: Kira-kira sejuta undi yang diperoleh oleh Presiden Afghanistan, Hamid Karzai pada pilihan raya umum baru-baru ini dilaporkan tidak sah kerana dikatakan wujud unsur penipuan.
Pemerhati bebas pilihan raya Amerika Syarikat dalam laporannya semalam berkata, sejumlah 954,526 undi atau hampir satu pertiga daripada keseluruhan undi diperoleh Karzai adalah tidak sah.
Ini menyaksikan penyusutan undi lebih 50 peratus yang diperlukan untuk kemenangan presiden itu, menurut badan pemerhati bebas, Democracy International di sini. Keputusan itu diperoleh badan bebas itu berdasarkan penyiasatan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pengaduan Pilihan Raya Afghanistan (ECC) yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP






