Telenovela kita calon Anugerah Emmy

0

Category : Karya Seni, Malaysiaku

Telenovela, A Time For Us (Kahit Isang Saglit) terbitan syarikat Bumiputera – Creasian Sdn Bhd dengan usaha sama stesen televisyen ABS-CBN Filipina, mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dicalon merebut kategori Telenovela Terbaik di Anugerah Emmy di New York, bulan depan.

Dibintangi Carmen Soo dari Malaysia dan Jericho Rosales (Filipina), telenovela 30 episod yang ditayangkan di TV2 itu akan bersaing dengan beberapa negara termasuk Brazil, Perancis dan Filipina.

Pengarah Urusan Creasian, Mohd Zin Arif, berkata pencapaian itu menunjukkan rancangan televisyen yang diterbitkan secara usaha sama itu menyumbang kepada peningkatan kualiti industri hiburan tempatan.

Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, penerbitan telenovela itu adalah projek penerbitan televisyen terbesar pernah diadakan kedua-dua negara.

“Jika dilihat daripada pencalonan A Time For Us yang mengangkat karya ini ke peringkat antarabangsa, kami sangat berharap projek secara usaha sama ini akan terus mendapat sokongan kerajaan,” katanya.

A Time For Us yang meraih rating tinggi sepanjang musim siarannya, mengisahkan cinta dan takdir merapatkan jurang hubungan dua manusia daripada dua dunia berbeza.-bharian

Post a comment

[ Online : 1015 hari. ]