Tinggal bayi atas bonet kereta

3

Category : Malaysiaku

KOTA BHARU: “Kami terkejut sejurus dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki yang diletakkan di atas bonet kereta milik seorang jemaah dengan keadaan badannya lengkap berpakaian dan dibaluti tuala.

“Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel yang diselimuti tuala berwarna merah jambu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum di hantar ke hospital,” kata seorang bilal, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, jemaah Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, dekat sini, gempar dengan penemuan seorang bayi lelaki berusia sehari yang masih bertali pusat diletakan di atas bonet sebuah kereta, malam kelmarin.

Kejadian itu disedari pemilik kereta terbabit yang juga seorang doktor warga asing apabila menemui objek dalam keadaan berbungkus dan diletakkan di atas bonet kereta miliknya jenis Nissan Sunny.

Sebaik menghampiri bungkusan berkenaan, doktor yang berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati bungkusan itu adalah seorang bayi lelaki yang sedang lena tidur.-hmetro

Comments (3)

orang yang bersikap sedemikan merupakan orang yg tidak bertanggungjawab dan tidak berfikiran rasional.. tidakkah kita sayang akan harta kita??

makhluk yang berwajahkam manusia tapi befikiran lebih bodoh dari binatang …

mesti doktor tu kagum dgn sikap orang malaysia yang boleh buang anak ikut suka hati, kat negara dia pun tak ada berlaku mcm tu.

Post a comment

[ Online : 914 hari. ]