Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

Sukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Tukang tilik hadapi hukuman mati

0

Category : umum

RIYADH: Kumpulan hak asasi antarabangsa membantu seorang warga Lubnan yang dituduh menyihir dan ditahan pihak berkuasa Arab Saudi tahun lalu, dengan menggesa Riyadh membatalkan hukuman mati ke atas Ali Sibat pada 9 November tahun lalu.

Human Rights Watch juga menggesa kerajaan Arab Saudi berhenti daripada sikap suka menuduh seseorang itu terbabit dalam jenayah sihir, sedangkan maksudnya samar-samar tetapi dikemukakan dengan sewenang-wenangnya.

Pelacur kagum stamina Berlusconi

0

Category : umum

Patrizia D’Addario, pelacur yang mendakwa tidur dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, memberitahu dalam bukunya mengenai perasaan kagumnya dengan stamina pemimpin berusia 73 tahun itu.

Buku bertajuk ‘Gradisca, Presidente’ (Ikut suka hati, Presiden) dijual di Itali Selasa lalu. D’Addario mendedahkan butiran terperinci malam dia dan Berlusconi tidur bersama.

Inul akhirnya goyang gerudi di KL

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista membuktikan bahawa Malaysia masih di hatinya dengan mengadakan persembahan bertenaga di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam.

Walaupun sebelum ini konsert Inul yang sepatutnya diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, pada Julai tahun lalu dibatalkan namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk datang ke negara ini.

Pembekuan Pengambilan Pekerja Bangladesh Kekal – Najib

0

Category : umum

PORT OF SPAIN: Malaysia tetap dengan keputusan mengekalkan pembekuan pengambilan pekerja dari Bangladesh walaupun terdapat permohonan daripada rakan sejawatannya supaya keputusan itu dikaji semula, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan pembekuan itu disampaikan kepada rakan sejawatannya Sheikh Hasina Wajed pada satu perbincangan di luar Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) 2009 di sini pada Sabtu.

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Kuala Pilah

0

Category : Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini Isnin, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu.– BERNAMA

Hajat terakhir Chin Peng

0

Category : umum

Walaupun Chin Peng begitu sekali ingin pulang ke tanah tempat tumpah darahnya, tetapi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang berusia kini 85 tahun, bagaimanapun belum bersedia untuk memohon maaf di atas apa yang telah berlaku – tidak seperti yang dilaporkan media minggu lalu.

“Saya tidak ada niat lain selain daripada untuk pulang ke tanahair saya,” katanya.

Kisah Ibrahim Adham

0

Category : Agama

Diceritakan ada seorang lelaki  mui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Adham: “Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku”.

 Ibrahim bin Idham pun menjawab: “Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedngkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan:

Janin tersangkut dalam longkang

0

Category : umum

ALOR SETAR – Ketika umat Islam sedang sibuk meraikan Aidiladha petang kelmarin, penduduk Kampung Keda Derang, Pokok Sena, dekat sini, gempar dengan penemuan janin dalam longkang di kampung berkenaan.

Janin yang masih bertali pusat itu ditemui seorang kanak-kanak, Mohd Saiful Izzat Sofian, 9, yang pada mulanya menyangka, itu adalah anak patung lalu cuba mengambilnya.

Nik Aziz pertahan isu doa

0

Category : umum

KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

[ Online : 1015 hari. ]