10 Nov 2009 @ 9:57 PM 

ALOR SETAR,  Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan kini semakin berkurangan apabila 110 orang dibenarkan pulang setelah banjir di kawasan mereka mulai surut.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri memberitahu Bernama di sini, setakat ini sebanyak 1,870 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

“Sebanyak 1,870 orang masih berada di pusat pemindahan sehingga pukul 5 petang tadi berbanding 1,989 pada tengah hari tadi,” kata beliau kepada Bernama di sini Selasa.

Katanya, daripada jumlah itu, daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 883 orang yang melibatkan 242 buah keluarga.

Bacaan paras air dua batang sungai di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas mencatatkan 4.25 meter (paras bahaya 3.8 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.41 meter (paras bahaya 2.00 meter).–BERNAMA

Posted By: admin
Last Edit: 10 Nov 2009 @ 09:57 PM

EmailPermalink
Tags
Tags:
Categories: umum


 

Responses to this post » (None)

 
Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 58
  • Posts/Pages » 2,038
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.