Bahayanya kebas kaki dan tangan

41

Category : umum

HIMPITAN yang berlaku pada dalam atau luar saraf akan memberi impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan.

KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.

Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.

Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

 

p/s: Penulis blog bukanlah seorang pengamal perubatan. Apa yang dikongsikan disini adalah sebuah artikel drp jurnal perubatan.

Comments (41)

saya sering rasa kebas apabila duduk bersila walaupun hanya dalam masa 4-6 minit sahaja.dan saya hanya berumur 13 tahun.pada mulanya rasa kebas yang tidak bole dirasai jika disentuh atau dipukul kemudian baharu terasa kebas yang apabila digerakkan terasa pula geli dan kurang selesa.bagaimana?

Saya selalu kebas pada bahagian paha semasa tidur sahaja.. tidur dalam keadaan lurus menyebabkan kaki rasa kebas. tiada posisi tidur yang sesuai untuk saya. Menagapa boleh menyebabkan begitu? Hanya baring sahaja rasa kebas , berdiri je dah ok..

masalah saya ketumbuhan tulang ke empat di tengkuk mengakibatkan tangan saya kebas dan cepat lenguh. apakah masalah yang perlu saya hadapi untuk menghindarkan kebas yang saya alami?

kebas pada hujung jari hingga pergelangan tangan kanan.apakah penyebabnya dan apakah tindakan yang perlu di ambil.saya sudah pergi ke klinik dan hanya diberikan ubat sapu tetapi kembali kebas setelah beberapa minit menggunakan salap.

Jika mengalami kebas yang teruk, elok pergi membuat pemeriksaan pakar..
Bimbang jikalau ia ada kaitan dengan saraf…
Kecederaan saraf mungkin boleh berlaku terutamanya saraf dibahagian belakang..
Mungkin akibat terjatuh/ kemalangan..
Nasihat saya pergi dapatkan rawatan pakar..

Saya mempunyai masalah kebas yang berlarutan pada bahagian kaki sebelah kanan.,rase kebas terasa dari hujung kaki hingga ke bahagian pinggang, dah dua tahun setengah saya mengalaminya..hingga saya tidak dapat merasa jika ada semut mengigit saya, cume rase mencucuk2, apakah yang berlaku pada saya sebenarnya

hai .

saya nak tnya . umur saya 20 tahun . seorang perempuan. saya kerap merasa kebas terutama di bahagian kaki. satu hari , saya sedang dan duduk dan apabila berdiri , kaki saya terasa lembik sangat sampai saya terduduk kembali . dan beberapa minit kemudian , ia kembali pada yang asal . pertanyaan saya , kenapa saya boleh jadid seperti itu dan apakan tindakan yang perlu saya ambil ?

terima kasih

Sejak 2-3 minggu ni saya mengalami kebas pada kaki kanan dengan kerap terutama ketika duduk dan baring. Ketika saya menaip ni pon kaki saya tengah kebas sekarang. sebelum ni saya tak pernah alami masalah ni. Harap tuan/puan dapat membantu.
Terima kasih.

saya rasa kebas2 tangan dan kaki sudah 3 minggu. Rawatan klinik kerajaan dengan diberi pil vitamin utk saraf.

ujian BP, kencing dan darah telah dijalankan dan saya tidak mengalami apa2 masaalah

memandangkan kesan kebas2 ini telah berlanjutan dan dikuatiri melarat saya mohon nasihat tuan apa yg sepatutnya saya lakukan

TQ

Assalammualaiku..
Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami kebas tangan dan kaki.. bila saya duduk secara santai sahaja tangan saya tetiba sahaja kebas. Pada mulanya saya biarkan sahaja tetapi ia sering menyerang selang 15 minit.. Ketika saya berada di surau sekolah untuk solat subuh dan selesai solat saya tertidur. Apabila saya hendak bangun untuk keluar surau kaki saya tiba2 shaja terasa kebas dan tidak dapat imbangkan diri serta sya terus terjatuh.. Apakah situasi yang sedang saya alami sekarang ini??

saya memang mengalami masalah tulang belakang. Tapi kini beransur pulih di bahagian belakang. Masalahnya kaki kiri saya masih terasa kebas terutamanya pada jari kaki. Apakah nasihat anda. Utk makluman kini saya masih melakukan fisioterapi 2 – 3 minggu sekali di hospital kerajaan.

salam, asalnya sy mengalami lenguh2 ditangan kiri shj, kdg2 pula lenguh dikaki dr pinggang. sekarang sy rs kebas pula.. cek darah tinggi xde ape2. umur sy 33thn. sy dah wat bekam.. akupunture.. tp ttp mcm tu juga.. tgn kiri ni cepat sgt penat dan terasa sakit dipergelangan tangan bila diurut hingga merah2. sy bekerja dan seharian melihat komputer. masalahnya dah sebulan sy rs tak selesa mcmni. sy jd pemarah dan hilang tumpuan. puncanya adalah bahu kiri sy sakit sgt dan dibawa ketulang belakang (demam urat) lps tu sy berurut dan buat bekam.. lps buat bekam sy perasan keadaan smkin teruk. bahu sy dah mula pedih sekarang ni dan membawa kepada lenguh hinggalah kadang2 kebas dipergelangan tangan. boleh sesiapa disini kongsi pendapat dan pandangan. hal ini betul2 membuat sy terganggu..

salam, kadang2 saya mgelami kebas2 pada tgan ngn kaki yg lame dalam bebrape jam, sehingga skit lutut n pngng belakang, adakah ini tnda2 awal skit saraf?
saya juga pnah x-ray, tp tiada apa2 masalh

Assalamualaikum..

saya kerap berasa kebas di tapak tangan dan tapak kaki. untuk makluman, saya baru lepas bersalin. adakah gejala kebas tersebut adalah disebabkan kurang berpantang ketika dalam tempoh bersalin?

saya pun mengalami masalah yang sama . tangan kanan dan kiri saya jugak kadang2 berasa kebas. apakah masalah yang saya alami ini serius ?

Askum… Bile sy bc tentang kebas,sy rasa takut kerana simptom bg kebas diatas semua berkaitan dgn sy.terutamanya berkenaaan disk,kebas di kaki hgga membawa pada pinggul.kencing n buang air besar bermasalah… Sememangnya sy telah mendapat rawatan di bahagian otopedik.ttapi tiada perubahan.

Salam… baru2 ni sy menghadapi mcm ada seketul angin disebelah ponggong kiri sy..dan saya selalu mersa kebas atau kesemut dikaki kiri…pemeriksaan darah dan tekanan darah normal. Disamping itu doktor telah bg sy ubat sapu ubat tahan sakit kalsium n vitaman utk saya. Ubat yg diberi dah pun habis… tp kebas sy sering datang kadangkala ok… apakah masalah yg saya hadapi..harap maklum dan terima kasih…

maaf tuan2&puan2, ini pengalaman saya sendiri dulu saya sll kebas jgk tp saya cuba wktu pgi tu mandi air suam lebih ke panas skit skrg ini dh hampir tk de kebas saya amalkn selama 3 bulan dh ada perubahan yg amat ketaralah klu sll kebas dikaki rendem air suam2 td tu dikaki jgk.selamat mencuba

Ibu saya berumur 81 tahun. Pada September tahun lepas ibu saya telah terjatuh dan mengalami ‘minor stroke’ sepeti terkandung dalam lapuran iaitu ‘intracranial bleed on conservative treatment. Ibu saya juga adalah seorang diabetic patient
Ibu juga pada 20 tahun yang lepas telah mengalami stroke sebelah kiri badan. setelah mendapat rawatan ibu telah boleh berjalan seperti sediakala.
Tetapi setelah dia jatuh pada tahun lepas, kesihatannya telah merosot. Ibu telah 2 kali mengalami penyakit Low Sugar dan sekarang menggunakan tuib untuk makan. Sebelum ini ibu boleh bercakap tetapi sekarang dia tidak dapat bercakap sepatah perkataan pun. Apakah yang patut saya lakukan.

Assalamu’alaikum wth.

Sejak belakangan ini saya sering mengalami kebas di jari tengah kaki kiri saya. Saya mempunyai sejarah keluarga yg menghidap diabetes, dan sy juga pernah menjalani 4 kali minor operation yang melibatkan operasi bius separuh badan. Adakah rasa kebas ini simpton penyakit diabetes atau gangguan saraf akibat kesan bius tersebut?..boleh cadangkan doktor yang sesuai untuk saya mendapatkan rawatan ini? Terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya..

As-salam….sy baru lepas b’salin..secara ceaser..hari ni dah 10hari b’salin..tapi bius ceaser belum hilang lagi..pada tapak kaki kiri saya..adakah itu bahaya?saya nak pakai selipar pun tak rasa apa-apa..adakah boleh sembuh?saya amat takut..

beberapa minggu lepas saya sakit pinggang. Kini sakit pinggang dah berkurangan tetapi kini terasa sakit tulang lengan tangan dan kaki terasa kebas. Siapa ada jalan penyelesaian tlg bagi. Terima kasih.

Assalamualaikum,
Saya mempunyai masalah tulang tunjang tengkuk antara no 5 dan 6, di mana didapati ada ketumbuhan tulang or spur yang mengakibatkan bahu dan seluruh tangan kanan saya sakitdan kebas. Doktor telah melakukan injection antara tulang 5 dan 6. Tapi kesakitan itu masih lagi terasa. Apa pandangan Doctor terhadap masalah saya ini. Terima kasih

saya sering mengalami rasa kebas pada kaki,tangan dan sering juga mengalami sakit di belakang leher..selalu-nya perkara ini terjadi apabila saya duduk bersila,duduk di atas kerusi.. baru-baru ni, saya terjaga daripada tidur dan saya dapati kaki saya tidak boleh diangkat dan merasa apa-apa.. setelah dia cucuk-cucuk baru la kaki saya berasa seperti sedia kala.. saya agak risau kerana memandangkan saya baru berusia 16 tahun.. mengapa hal seumpama ini boleh berlaku? dan apa risiko yang bakal ditanggung jika perkara ini dianggap remeh??

masalah saya ada tangan ibu jari sebelah kanan saya tiba tiba dia terkunci susah untuk ditegakkan dan mengambilmasa yang lama untuk kembali kepada sedia ada, masalah ini amatlah sukar sekiranya terkena diwaktu pagi semasa masuk ke bilik air, Minta pandangan Dr.

Salam, saya berumur 41 tahun sejak kebelakang ini saya mengalami rasa kebas di ibu jari kaki kiri dan rasa sakit mencucuk apabila nak mula berjalan di bahagian tumit kaki. saya ingin tahu apa kah masalah sebenarnya. saya hanya menyapukan minyak panas dan kekadang saya rendam kaki saya di dalam air panas sebab ingatkan sebab kaki saya sejuk. Harap dapat jawapan apa yang perlu saya lakukan adalah masalah ini serius.

apabila bangun tidur jari-jerami dan tapak kaki saya berasa kebas.

Saya mengalami kebas dibahagian tapak tangan kanan, tapak kaki kana Dan tapak kaki kiri hingga ke bahagian betis, ada kala Nya terasa sengal sampai ke bahagian paha. Pekara ini terjadi sejak 2009 hingga sekarang, saya telah berjumpa doctor pakar di Metro SG Petani pada tahun 2010 tetapi keadaan masih tidak berubah. Minta penjelasan…..

Salam.Saya mengalami sakit di bahagian kaki sebelah kiri dari pergelangan kaki sampai ke peha, pinggul dan pingan sebelah kiri kira-kira dua bulan ni. sebelum itu saya mengalami masalah sakit di bahagian kiri dari peha betis sampai ker pergelangan kaki kiri 5 bulan yg lalu. Setiap kali tidur dalam kedudukan mengiring, kaki kiri saya akan terasa seperti di cucuk-cukuk & sengal hinggakan saya tidak boleh berdiri lama & bersila. Saya sudah berjumpa Dr & memberi ubat saraf, tetapi tiada perubahan. Saya juga telah berurut, kesakitan berkurang tetapi tetap ada. Harap dapat jawapan untuk masalah saya ini & cara mengatasinya.

Salam. Saya mengalami kebas kaki dan selalu terasa lenguh apabila berdiri lama dan membawa kenderaan.apakah penyakit saya dan penglibatan yang terbaik.

saya juga mengalami masalah yang sama dengan cristina…. kebas di bahagian paha….. bila baring akan kebas sehingga sakit, bila bangun atau duduk baru lega sikit….

dalam seminggu ni bila sy tidur tangan sebelah kanan sy selalu kebas…walha pun untuk beberapa minit saja sy mnindih tangan bila posisi tidur mengiring.bangun tiap2 pagi pun akan merasa kebas.tangan sebelah kanan sahaja..kebas tu akan dirasai dari pras bahu ke hujung jari..

saya mengalami sakit mencucuk di bahagian tumit terutama semasa bjalan atau bangun selepas duduk atau baring…di kedua dua belah kaki.apa yang perlu saya buat atau perlukah saya dapatkan nasihat doktor?saya perempuan berusia 30 tahun.

saya merasa kebas di bahagian tapak kaki kanan dan kadang2 sakit tika berjalan. jari tangan kanan saya juga mengalami kebas dan saya juga mengalami masalah tangan yang mengeletar ketika memegang barang. apakah masalah saya. selain itu pinggang saya sebelah kanan juga akan sakit bila saya tidur mngiring ke kanan.

Saya selalu mengalami sakit di pinggang dan kebad d kaki dan juga tangan…kadang2 kebas terjadi di kedua belah kaki.kesakitan dan rasa lenguh sering terasa.saya juga mempunyai masalah dalam pembuangan air besar.saya tidak boleh duduk d bawah mahupun bersilah lebih dari 3 minit.selepas 3 minit kesakitan akan menular daripada hujung kaki sehingga lah ke pinggang dan kesakitan tu akan kekal beberapa jam walaupun sudah berdiri mahupun berehat.

Salam….saya dah sebulan mengalami kebas disebelah tepi peha kiri. Kalau saya berdiri terlalu lama ia akan merasa kebas sehingga menyebabkan kesakitan. Kalau saya duduk peha juga merasa kebas. Sama ada saya berjalan atau menjalankan aktiviti harian peha saya akan merasa kebas jugak.

salam..saya ingin bertanya kan sedikit soalan dan diharapkan anda dapt membantu..abg ipar saya telah mengalami kebas di pipi, sekitar gigi, tangan dan kaki ..ke semuanya melibatkan anggota di sebelah kiri..dia telah mndpatkan rawatan di hospital dan hasil awal x-ray menunjukkan bahawa berlaku pertumbuhan tulang tengkung yang terlebih panjang..so tulang tersebut telah menghimpit saraf..soalan saya di sini..adakah betul n situasi ini pernah terjadi?…

Jari kaki tgh no 3 sahaja terasa kebas. Kedua2 belah kaki. Apa sebab nya…bahaya x

Dua hari lepas. semasa saya hendak bangun dari tidur. saya dapati saraf pada ibu jari Kaki belah kanan saya bergetar mcm ada system vibrate pulak. selepas dari hari tu setiap kali sy duduk atau baring saraf pada tempat yang sama bergetar. dan bila sy duduk atas lantai atau duduk bercankung sekejap dan berdiri kaki sy terasa kebas dan rasa kebas tu lambat nk hilang. dan bila kaki sy kebas langsung tak boleh nak melangkah. kadang-kadang sebelah kaki saja yang kebas tapi bila kaki tu dah kebas langsung tak boleh nak begerak. sampai terpaksa mengheret pulak kaki yang kebas tu, selalunya kalau jadi macam tu saya akan berdiri lama baru kebas tu hilang. Ada jugak sekali- sekala keseluruhan tangan belah kanan saya bergoyang dan tak boleh nak dihentikan.

Beberapa tahun dahulu sy pernah mengalami sakit belakang badan yg berpanjangan. Setelah dua tahun sakit belakang tu hilang. sakitnya tak la teruk sangat. cuma rasa macam lengah saja. Mungkin sebab dulu sy buat kerja berat dan asik membongkok sewaktu melakukan kerja. Lagi satu jari kaki sy sekarang ni cepat sangat terasa sejuk walaupun tak ada angin yang bertiup. Adakah ini masaalah yg berkaitan dengan saraf ?

Saya selalu rasa kebas badan. Dah buat medical checkup dan ecg beberapa kali tpi tiada tnda tanda sakit jantung. Pagi dalam jam 4 bangun dan buang air besar. Selepas itu perut rasa kenbung dan badan rasa kebas. Bibir rasa tebal, air liur jadi x terkawal dan lidah juga rasa tebal.perut rasa senak. Adakah saya mendapat strok? Adakah simtom grastrik sama aeperti stroke? Saya tak boleh tidur.

saya berumur 54 tahun mengalami kebas dari pinggang ke kaki (kedua belah). ini terjadi selepas 1 jam diurut oleh kawan saya dari bahu ke pinggul kerana sebelum itu saya mengalami sakit urat di peha kanan. adakah kerana salah urut atau ada masalah lain. harap dapat perhatian dari tuan. tq.

Post a comment

[ Online : 1834 hari. ]