Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Kuala Pilah

0

Category : Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini Isnin, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu.– BERNAMA

Post a comment

[ Online : 1015 hari. ]