Harga ikan, sayur naik mendadak

0

Category : umum

KUALA TERENGGANU – Harga barangan basah termasuk pelbagai jenis ikan dan sayur yang dijual di pasar utama negeri ini menunjukkan kenaikan secara mendadak antara 15 hingga 30 peratus, sejak bermulanya musim tengkujuh beberapa hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Kedai Payang, di sini, semalam, mendapati hampir semua jenis ikan seperti kembung, tongkol dan selayang yang sebelum ini dijual RM8, kini meningkat kepada RM12 sekilogram (kg).

Seorang penjual ikan, Mazlan Awang, 47, berkata, setiap kali tiba musim tengkujuh harga semua jenis ikan akan naik melambung dan keadaan ini adalah lumrah sejak dahulu lagi.

Menurutnya, antara faktor kenaikan berlaku mungkin disebabkan bekalan ikan agak berkurangan berikutan nelayan tidak ke laut sedangkan permintaannya adalah tinggi.

“Nak tak nak terpaksa juga jual ikan meskipun harga naik. Memang setiap kali musim hujan, harganya tidak menentu. Tapi nak buat macam mana, pelanggan suka atau pun tidak, itulah realitinya,” katanya.

Post a comment

[ Online : 914 hari. ]