Kluster H1N1 dilaporkan di SK Payar Bungor

0

Category : umum

KUALA LUMPUR: Satu kejadian kluster Influenza A (H1N1) dilaporkan di Sekolah Kebangsaan Paya Bungor, Kuantan, minggu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.

“Tindakan kawalan dan pencegahan yang sewajarnya telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah sepanjang tempoh kejadian kluster tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis – Shahrizat

0

Category : Artist

Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis – Shahrizat
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.
Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.
“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.
“Saya minta Peguam Negara membantu keluarga Elis mengikut perundangan agar anak itu dapat dikembalikan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan saya berjanji akan menyemak kes ini dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini pada hari Sabtu.
Pada 10 Nov lepas, Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada Elis, namun keputusan itu tidak membawa apa-apa makna bagi beliau kerana anaknya itu telah dilarikan bekas suaminya Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, seorang warga Belanda ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan, 5 Mac lepas.
Sebelum itu, pada 8 Sept lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Kuala Lumpur dan memberitahu beliau tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.
Sementara itu, Shahrizat turut meminta Elis agar melantik seorang peguam seperti yang dinasihati Wisma Putra bagi mencabar tindakan suaminya di Belgium dengan mengguna pakai undang-undang negara berkenaan.
“Tindakan yang dilakukan oleh Firdaus merupakan satu bentuk tindakan penculikan dan mencabar kedaulatan undang-undang negara ini dan menghina undang-undang Syariah Malaysia,” katanya.
Katanya kementeriannya akan mengkaji perkara itu termasuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari keadilan di dalam kes terbabit.
– BERNAMA

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.

Kanak-Kanak Perempuan 10 bulan Mati Akibat Didera

0

Category : Perlis

Kanak-Kanak Perempuan Mati Akibat Didera
KANGAR, 28 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.
Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.
Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
– BERNAMA

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini Khamis lepas dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata ekoran kes itu, polis pada hari Sabtu memberkas kedua-dua ibu bapa mangsa yang dipercayai pasangan kekasih, masing-masing berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Polis telah mendapat perintah untuk menahan reman pasangan itu selama tujuh hari untuk siasatan lanjut selepas HTF mengesahkan kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius di bahagian usus perut.

Khamis lepas, kanak-kanak itu dibawa ke HTF oleh ibu dan bapanya untuk mendapatkan rawatan atas alasan kanak-kanak itu tidak mempunyai selera makan tetapi mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

Wanita mualaf dirogol presiden persatuan

0

Category : umum

KUALA LUMPUR- Polis menyelamatkan seorang wanita mualaf yang menjadi mangsa rogol seorang lelaki dipercayai presiden sebuah persatuan kebajikan di kondo lelaki itu di Pandan Indah, dekat sini semalam.

Mangsa berumur 28 tahun itu yang berkahwin dengan lelaki tempatan dan kini dalam proses perceraian, telah dikurung, dipukul serta dirogol dua kali oleh suspek dalam kondominium milik suspek sejak 20 Nov lepas dan diselamatkan polis kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mangsa sebelum itu cuba mendapatkan perlindungan daripada persatuan berkenaan berikutan tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal bagi menyara hidupnya bersama seorang anak perempuan yang berumur lapan tahun.

Elak perut berangin

1

Category : umum

Elak perut berangin
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
SELEPAS makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang skirt atau seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.
Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.
Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika ‘terlepas angin’.
Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!
Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang, jadi tiada apa perlu dimalukan. Dianggarkan tujuh atau lapan daripada 10 orang ada masalah ini.
Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga dua liter gas di dalam sistem pencernaan setiap hari. Gas ini membabitkan beberapa jenis iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.
Oksigen, karbon dioksida dan nitrogen yang masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut (ketika kita menelan) adalah komponen paling besar.
Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut yang busuk disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.
Sendawa dan kentut adalah dua fungsi badan yang penting untuk mengeluarkan gas ini, namun kebanyakan gas dikeluarkan melalui kentut. Yang membezakan ialah ada orang kentut lebih kerap.
Kentut antara enam hingga 20 kali sehari adalah normal. Malah ada laporan mengatakan kekerapan kentut sehingga 25 kali sehari juga perkara normal walaupun ia mungkin mendatangkan rasa kurang selesa.
Menurut Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Gan Ing Earn, jika gas ini tidak dikeluarkan, ia menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup.
“Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas ini menyebabkan ketidakselesaan.
“Ini sebabnya mereka berasa kembung, terutama selepas makan, walaupun hanya makan sikit. Ia masalah biasa dialami hampir kebanyakan orang, terutama wanita.
“Selain itu orang tua, pesakit kencing manis atau pengambilan ubat yang boleh memperlahankan aktiviti usus juga kerap mengalami masalah ini,” katanya.
Menurutnya, gas dalam usus datang daripada dua sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil di mana sebahagian daripadanya diserap.
Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Namun bagi sesetengah orang, angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).
Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut.
Ini kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul, menyebabkan seseorang berasa kembung dan tidak selesa.
Punca
Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, antaranya:
Tekanan — Individu yang tertekan biasanya menelan lebih banyak angin
Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras
Merokok
Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk
Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara
Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut
Pemecahan makanan yang tidak tercerna — Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar di mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur
Gejala
Kerap buang angin — Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara enam hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan
Kerap sendawa — Sendawa selepas makan adalah perkara normal dan gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut. Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Malah menurut Dr Gan, ini bukan tabiat baik kerana ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks
Kembung — Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori
Sakit perut atau rasa tidak selesa — Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.
Adakah masalah gas berlebihan ini satu penyakit?
Tidak. Ia adalah masalah biasa yang dialami ramai orang dan boleh diatasi dengan melakukan beberapa perubahan seperti pemilihan makanan, cara makan dan bersenam.
Bagaimanapun jika ketidakselesaan atau kesakitan berlanjutan, Dr Gan menasihatkan untuk berjumpa doktor supaya punca sebenar dapat diketahui.
Ini kerana jika masalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori, ia perlu dirawat segera kerana bakteria yang mampu hidup bertahun-tahun lamanya pada persekitaran berasid di dalam perut boleh menyebabkan ulser perut dan duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil.
Ia memberi lebih banyak masalah kerana individu itu boleh alami masalah sakit perut (pada bahagian atas), ketidakhadaman, kembung, pendarahan dalam perut akibat ulser dan berak berdarah (najis berdarah atau berwarna hitam yang menandakan kehadiran darah).
Berlebihan gas dalam usus juga mungkin menandakan beberapa keadaan lain seperti usus anda tidak aktif, ada masalah sistem perkumuhan atau usus mengandungi banyak bakteria yang menghasilkan banyak gas.
“Rawatan untuk masalah banyak angin atau gas sangat mudah. Anda boleh beli ubat perangsang aktiviti usus di farmasi. Ia memudahkan pengeluaran gas daripada usus. Selain itu anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan supaya masalah tidak bertambah teruk.
“Jika masalah berlarutan, jumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan jangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik selama dua minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda,” katanya.
Makanan
Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah:
Bunga kubis
Kekacang
Kubis
Kubis Brussels
Brokoli
Bran
Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
Bawang
Makanan bergoreng dan banyak lemak
Serat (kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran. Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus
Susu dan produk tenusu — Antara punca lazim menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin ialah kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu.
Ketiadaan enzim laktase menyebabkan laktosa yang tidak dicerna dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat tindakan bakteria. Dalam proses inilah banyak gas terhasil.
Buah-buahan dan pemanis makanan — Makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus. Usus kecil kita hanya boleh menyerap fruktosa pada jumlah tertentu dan selebihnya masuk ke dalam usus besar dan menjalani proses penapaian seperti laktosa. Elak juga pemanis makanan seperti sorbitol kerana ia sukar diserap badan
Penjagaan di rumah
Jumpa doktor gigi, pastikan gigi palsu betul-betul padan dengan gusi
Elak mengunyah gula getah atau mengulum gula-gula (terutama gula getah tanpa pemanis atau gula-gula dietetik yang mengandungi sorbitol)
Hentikan pengambilan minuman berkarbonat dan kurangkan makanan yang tinggi kandungan sirap fruktosa jagung
Elak susu dan produk tenusu seperti keju lembut jika anda ada masalah tidak toleran laktosa. Sebaliknya, cuba susu yang gula laktosanya dipecahkan (rujuk pada label)
Kurangkan makan makanan yang banyak menghasilkan gas seperti kubis, bunga kubis, kubis Brussels, brokoli, kacang dan bran. Beli ubat pelega gas daripada farmasi yang boleh membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan yang tidak boleh diserap badan
Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Apabila makan terlalu cepat, kita menelan banyak udara
Buat diari makanan untuk mengetahui makanan mana yang menyebabkan anda lebih cepat mengalami masalah ini
Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari
Jangan makan terlalu banyak kerana ia juga menyebabkan penghasilan gas berlebihan selain masalah obesiti. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak
Banyakkan bersenam kerana senaman merangsang aktiviti usus supaya makanan yang tidak dihadam boleh dikeluarkan segera daripada badan.

SELEPAS makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang skirt atau seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.

Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.

Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika ‘terlepas angin’.

Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS

0

Category : umum

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

“Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

Kakak Tua: ‘Jalang’ Dulu Dan ‘Jalang’ Sekarang!

0

Category : umum

AGAK rimas juga bila terbaca tajuk filem ‘Jalang’, yang dilancarkan baru-baru ini. Filem yang membawa tajuk sensasi itu akan menemui peminat filem Melayu pada 26 November.

Terus Kakak Tua teringat sekitar tahun 1993 bila pengarah U-Wei Hj Saari menggunakan tajuk yang hampir sama, ‘Perempuan, Isteri Dan Jalang’.

Disebabkan kontroversi nama ‘jalang’ itu, filem itu terpaksa ditukar tajuknya kepada ‘Perempuan, Isteri Dan …’.

Kekecohan yang disebabkan oleh perkataan ‘jalang’ itu sendiri menyebabkan beberapa pihak melenting kerana nama itu cukup sensitif dan tidak boleh digunakan.

Agaknya sebab terlalu berat nama ‘jalang’ itu, tak terbawa filem yang membariskan nama-nama handalan seperti Nasir Bilal Khan, Sofia Jane dan Zaidi Omar.

Jual gadis liar

0

Category : umum

Jual gadis liar
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.
Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki, tetapi remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.
Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.
Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.
Katanya, kerana ketagih syabu dia sanggup berhutang hinggalah hutang ditanggungnya mencecah ribuan ringgit.
“Tanpa saya sedar, selepas lebih setahun menghisap syabu, hutang saya mencecah RM4,000. Ketika itu tidak sukar untuk saya mendapatkan barang itu kerana rakan baik saya adalah teman wanita ‘pusher’ yang membekalkan dadah itu dan saya boleh ambil barang secara hutang.
“Kadangkala saya jual juga tetapi wang hasil jualan itu tidak diserahkan kepada pembekalnya, menyebabkan hutang saya semakin bertambah,” katanya ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sebuah lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.
Selepas satu tempoh, Tasha berkata, pengedar terbabit memintanya melunaskan semua hutang dan jika dia gagal, perkara buruk akan berlaku ke atasnya.
“Manalah saya ada wang sebanyak itu dan selepas berbincang saya diberi pilihan untuk melakukan satu tugas bagi melunaskan hutang berkenaan.
“Tugas itu ialah mencari dan memperdaya wanita untuk dijual kepada pengedar terbabit. Saya setuju kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini jika menolak permintaan itu,” katanya.
Menurutnya, sebelum melakukan tugasan, dia diajar bagaimana memilih wanita yang mudah didekati dan diperdaya.
Dia diajar supaya mendekati wanita yang gemar berpeleseran dan liar kerana mereka diyakini mudah didekati.
“Saya disuruh mengumpan mereka dengan benda yang mereka suka seperti berhibur di kelab, arak dan dadah,” katanya.
Tasha berkata, berbekalkan panduan diberi, dia melaksanakan tugas pertamanya di sebuah pusat beli-belah dan berjaya melakukannya.
“Saya dekati seorang remaja wanita berusia 18 tahun yang dalam keadaan mabuk. Saya ajak dia berborak dan bercerita kepadanya bahawa saya juga ‘satu kepala’ dengannya.
“Saya beritahu dia, jika ikut saya, saya boleh belanja minum arak dan berhibur. Saya turut berjanji beri dadah dan dia mempercayai saya,” katanya.
Remaja terbabit dibawa ke sebuah hotel murah kononnya untuk berehat dan menikmati arak.
“Ketika melakukan kerja itu, saya ditemani ‘pusher’ yang memerhatikan saya dari jauh. Apabila mendapat mangsa, saya bawa wanita terbabit menggunakan kereta dipandu ‘pusher’ itu.
“Di hotel tempat persinggahan itulah saya meninggalkan wanita terbabit dengan berpura-pura untuk keluar sebentar. Selepas saya keluar, ‘pusher’ itu masuk dan saya tidak tahu apa berlaku seterusnya kerana yang penting saya sudah melaksanakan tugas diberi,” katanya.
Selepas menjual wanita itu, hutangnya langsai dan dia turut diberi wang RM500.
“Saya tidak tahu apa berlaku kepada wanita itu, tetapi difahamkan dia dihantar kepada bos ‘pusher’ terbabit. Barangkali dijadikan pelacur atau disuruh menjual dadah,” katanya.
Menurut Tasha, walaupun sudah menyelesaikan hutangnya, dia terus melakukan kerja terkutuk itu kerana dijanjikan pulangan lumayan.
Untuk kali kedua, dia pilih wanita bermasalah yang dikenali menerusi rakan lain.
“Sekurang-kurangnya tiga wanita berusia 20-an dijual selepas saya memilih mereka,” katanya.
Tasha berkata, ‘kejayaannya’ menjual tiga wanita itu membolehkan dia mengumpul wang sehingga RM6,000 dalam tempoh singkat.
“Memang saya seronok sangat ketika itu. ‘Pusher’ memberi saya RM2,000 untuk setiap wanita yang saya jual, walaupun saya tahu nilai wanita terbabit lebih daripada itu.
“Pada masa sama saya peroleh bekalan syabu secara percuma. Saya langsung tak terfikir mengenai nasib wanita yang saya aniaya kerana terlalu seronok,” katanya.
Pada pertengahan tahun ini abangnya mengetahui segala perbuatan jahat yang dilakukannya menerusi rakan.
“Abang mengawal ketat pergerakan saya dan setiap masa menasihati saya supaya berubah, apatah lagi dalam suasana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.
“Selepas berjauhan daripada rakan, saya sedar sampai bila saya harus begini. Saya cuba sedikit demi sedikit untuk mengawal diri,” katanya.
Tasha berkata, sudah lebih dua bulan dia tidak bertemu rakannya dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada SPM.
“Saya akui saya jadi begini kerana pengaruh rakan. Hisap syabu, jual orang dan beberapa kali terlanjur dengan teman lelaki.
“Paling saya kasihan ialah ayah dan ibu kerana mereka bukannya tidak mendidik saya dengan ilmu agama. Mereka boleh dikatakan warak juga, tetapi kerana tersalah memilih rakan, saya rosak,” katanya menyesal.

KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.

Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki, tetapi remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.

Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.

Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.

Gara-gara cari ‘penawar’

0

Category : umum

BESUT – Seramai lima remaja yang disyaki sesat di kawasan Gunung Tebu, dekat Jabi, sejak petang kelmarin, akhirnya berjaya turun semula ke kaki gunung terbabit, pagi semalam dalam keadaan selamat.

Dua daripada remaja terbabit dikatakan memulakan pendakian jam 12.30 tengah hari kelmarin, dengan tujuan mencari penawar bagi merawat penyakit dihidapi salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, Mohd Asri Awang, 23, dari Machang, Kelantan dan teman wanitanya, Ku Yah Wan Jusoh atau Wan Haneesu, 22, mula mendaki gunung berkenaan melalui kawasan perkelahan Lata Belatan.

Menurutnya, selepas itu, mereka menghubungi tiga lagi rakan, Mohd Khaidir Che Nor, 24, Mohd Shahdan Salleh, 14, masing-masing dari Kampung Anak Musang dekat Jabi dan Mohd Nor Iqbal Mohd Yusli, 18, dari Machang supaya menghantar makanan kepada mereka di gunung terbabit.

Resepi dan cara menyediakan nasi goreng pattaya

0

Category : My Resepi

Berikut adalah resepi dan cara menyediakan nasi goreng pattaya.

Bahan-bahan untuk nasi goreng pattaya :
400gm beras panjang
1/2 in halia-titik
2 ulas bawang putih-titik

[ Online : 1011 hari. ]