Paras air Sungai Dungun, Setiu naik

0

Category : Terengganu

KUALA TERENGGANU: Paras air di dua sungai di Terengganu menunjukkan peningkatan pagi ini berikutan hujan lebat dan angin kencang sejak malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, Sungai Dungun kini meningkat melebihi paras waspada dan Sungai Setiu semakin menghampiri paras waspada.

“Bagaimanapun, sungai-sungai yang lain masih berada di tahap biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Mengikut bacaan paras air di Pasir Raja pada 9 pagi tadi, kedudukan air 35.7 meter iaitu melebih paras waspada kira-kira 0.5 meter (waspada 35.2 meter).

Katanya bacaan paras air Sungai Setiu iaitu di Kampung La ialah 17.17 meter, menghampiri paras waspada 17.2 meter.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang tinggal berhampiran sungai di seluruh negeri supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga dengan ancaman banjir memandangkan sudah tibanya musim tengkujuh. – Bernama

Post a comment

[ Online : 391 hari. ]