29 Nov 2009 @ 8:19 AM 
Peguam Negara Janji Bantu Selesaikan Kes Elis – Shahrizat
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.
Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.
“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.
“Saya minta Peguam Negara membantu keluarga Elis mengikut perundangan agar anak itu dapat dikembalikan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan saya berjanji akan menyemak kes ini dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini pada hari Sabtu.
Pada 10 Nov lepas, Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada Elis, namun keputusan itu tidak membawa apa-apa makna bagi beliau kerana anaknya itu telah dilarikan bekas suaminya Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, seorang warga Belanda ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan, 5 Mac lepas.
Sebelum itu, pada 8 Sept lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Kuala Lumpur dan memberitahu beliau tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.
Sementara itu, Shahrizat turut meminta Elis agar melantik seorang peguam seperti yang dinasihati Wisma Putra bagi mencabar tindakan suaminya di Belgium dengan mengguna pakai undang-undang negara berkenaan.
“Tindakan yang dilakukan oleh Firdaus merupakan satu bentuk tindakan penculikan dan mencabar kedaulatan undang-undang negara ini dan menghina undang-undang Syariah Malaysia,” katanya.
Katanya kementeriannya akan mengkaji perkara itu termasuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari keadilan di dalam kes terbabit.
– BERNAMA

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membantu Elis Syuhaila Mokhtar, 34, mendapatkan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, yang dilarikan bekas suami ke Belgium menerusi bantuan Pejabat Peguam Negara.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dihubungi beliau pagi tadi berjanji untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

“Isu ini melibatkan perundangan kedua-dua negara, memang ada perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah, tapi anak itu telah dilarikan.

“Saya minta Peguam Negara membantu keluarga Elis mengikut perundangan agar anak itu dapat dikembalikan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan saya berjanji akan menyemak kes ini dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini pada hari Sabtu.

Pada 10 Nov lepas, Mahkamah Tinggi Syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada Elis, namun keputusan itu tidak membawa apa-apa makna bagi beliau kerana anaknya itu telah dilarikan bekas suaminya Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus, 40, seorang warga Belanda ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan, 5 Mac lepas.

Sebelum itu, pada 8 Sept lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Kuala Lumpur dan memberitahu beliau tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.

Sementara itu, Shahrizat turut meminta Elis agar melantik seorang peguam seperti yang dinasihati Wisma Putra bagi mencabar tindakan suaminya di Belgium dengan mengguna pakai undang-undang negara berkenaan.

“Tindakan yang dilakukan oleh Firdaus merupakan satu bentuk tindakan penculikan dan mencabar kedaulatan undang-undang negara ini dan menghina undang-undang Syariah Malaysia,” katanya.

Katanya kementeriannya akan mengkaji perkara itu termasuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri bagi mencari keadilan di dalam kes terbabit.– BERNAMA

Posted By: admin
Last Edit: 29 Nov 2009 @ 08:19 AM

EmailPermalink
Tags
Tags:
Categories: Artist


 

Responses to this post » (None)

 
Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 32
  • Posts/Pages » 1,877
  • Comments » 243
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.