KUALA LUMPUR: Seorang peragut bermotosikal mati dilanggar pemandu wanita yang diragutnya sebelum itu di Taman Tasik Titiwangsa di sini kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Sebelum itu, suspek menahan wanita berkenaan tidak jauh dari tempat kejadian kerana mendakwa kereta wanita itu terlanggar motosikalnya dan meminta ganti rugi.
Wanita berkenaan bagaimanapun hanya memberi RM40 kerana kehabisan wang tunai.
Suspek yang tidak berpuas hati tiba-tiba meragut telefon bimbit dan beg tangan wanita berkenaan lalu melarikan diri.
Wanita itu kemudian mengejar suspek sehingga sampai di jalan mati dan dipercayai terlanggar lelaki itu kerana tidak sempat memberhentikan kenderaannya.-bharian
p/s : Kalau dengar peragut,perompak, perogol kena bunuh aku memang suka. Padan muka!






