Resepi dan cara menyediakan Nasi Goreng Cina

0

Category : My Resepi

Berikut adalah resepi dan cara menyediakan Nasi Goreng Cina.

Bahan-bahan untuk menyediakan resepi nasi goreng cina :
2 pinggan nasi putih( Resepi utama utk nasi goreng cina)
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan nasi goreng cina:
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.

Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

p/s : Jika anda mahu boleh tukarkan udang dengan sotong atau ayam goreng didalam resepi nasi gorang cina anda. Nasi gorang cina sesuai dijadikan hidangan makan malam atau sarapan pagi. Pastikan anda jangan lupa hiaskan nasi goreng cina anda supaya lebih berselera.Selamat mencuba resepi nasi goreng cina.

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]