Resepi,petua dan cara menyediakan nasi goreng kampung

1

Category : My Resepi

Berikut adalah resepi dan cara menyediakan nasi goreng kampung

Bahan-bahan untuk menyediakan nasi goreng kampung:

Bahan nasi goreng kampung A: 
Bahan-bahan :
5 senduk nasi – lagi sedap kalau guna nasi sejuk(mesti ada kalau tak ada jadi pulak nasi goreng kampung :))
200gm dada ayam – dipotong kecil2/kiub
secekak sayur kangkung – dipotong 3cm
5 sudu besar air masak
3 sudu besar minyak

Bahan nasi goreng kampung B: 
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis – direndam sekejap
7 biji cili api – kalau nak pedas boleh tambah
Cara-cara sediakan nasi goreng kampung :

  1. Tumbuk semua bahan nasi goreng kampung  B tapi jangan terlalu lumat dengan menggunakan batu tumbuk. Jangan letak air sewaktu menumbuk cukup sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan2 tersebut
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau dengan api yg sederhana besar.
  3. Masukkan pula ayam dan goreng sehingga ayam empuk.
  4. Setelah itu masukkan air dan masukkan kangkung (masukkan batang dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit dan kecilkan sedikit api. Boleh ditambahkan garam jika perlu.
  5. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
  6. Setelah itu bolehlah dihidangkan nasi goreng kampung anda bersama2 telur goreng mate kerbau

Selamat mencuba resepi nasi goreng kampung. Cuba jangan tak cuba. Untuk tambahkan selera anda boleh letakkan sedikit bilis goreng kedalam nasi goreng kampung anda

Comments (1)

BUBUH AIR

Post a comment

[ Online : 1898 hari. ]