Skandal askar British dera tahanan Iraq

0

Category : umum

KEMENTERIAN Pertahanan Britain kini sedang menyiasat dakwaan penderaan tahanan oleh askar-askar British di Iraq.

Skandal itu mengembalikan semula ingatan ramai mengenai kekejaman askar-askar Amerika Syarikat (AS) ke atas tahanan di penjara Abu Gharib, Baghdad.

Siasatan mengenai kes itu dicetuskan oleh dakwaan yang dikemukakan Phil Steiner, peguam kepada sekumpulan rakyat Iraq yang memberitahunya mengenai penderaan oleh askar-askar British.

Sebanyak 33 kes penderaan difailkan termasuk rogol dan penderaan oleh askar-askar lelaki dan wanita Britain yang ditempatkan di Iraq. Akhbar Independent yang berpejabat di London mendedahkan skandal itu pada hujung minggu lalu.

Seorang menteri Britain, William Rammell berkata, kenyataan yang terkandung dalam dakwaan itu dipandang serius dan siasatan rasmi akan dibuat.-sinar

Post a comment

[ Online : 1016 hari. ]