Dipetik drp Dang Setia Hmetro
SOALAN
Pada zahirnya saya sudah ada segala-galanya, seorang anak yang comel dan cerdik serta suami penyayang dan mengambil berat. Kehidupan kami sederhana dan bahagia. Suami mempunyai latar belakang keluarga yang kebanyakannya berpoligami namun dia sering berjanji tidak akan mengikut jejak langkah keluarga.
Saya benar-benar bahagia. Bagi saya ini semua sudah memadai bagi seorang isteri dan ibu. Susah saya untuk menceritakan kepincangan dalam keluarga bahagia saya ini. Pada zahirnya tiada cacat-cela, tetapi suami akhirnya merentap semua kepercayaan dan kebahagiaan kami.
Tidak tahu mana silapnya, suami mempunyai tabiat yang sangat jijik bagi saya. Dia bukan orang yang tidak beriman. Untuk masa dan saat ini, pada usia perkahwinan kami baru mencecah tiga tahun, sudah tiga kali insiden ini sampai ke telinga saya. Kali terakhir membabitkan ibu dan adik-adik perempuan saya.
Insiden itu ialah suami menghantar SMS lucah kepada adik perempuan saya, menunjukkan kemaluannya kepada adik dan ibu saya semasa keluarga datang ke rumah serta semasa kami balik ke kampung. Selama ini keluarga saya mendiamkan perkara ini kerana bimbang rumah tangga kami hancur.
Tapi sampai bila? Akhirnya mereka memberitahu saya. Isteri mana yang sanggup menghadapi semua ini. Saya benar-benar malu. Bila disoal, suami tidak dapat memberi jawapan. Alasannya, perbuatan itu berlaku tanpa sedar.
Suami saya bukan jenis lelaki yang suka keluar rumah. Tiada bukti yang dapat saya kemukakan untuk mengatakan dia ada hubungan sulit. Ke mana-mana kami sentiasa bersama. Memang tak dapat saya cari di mana silapnya.
Sebagai isteri saya masih menyayanginya, keluarga pun sudi melupakan apa yang berlaku dan berharap dia berubah. Saya beri lagi peluang untuknya walaupun hati saya benar-benar tercalar.
ATIE,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
Secara jujur, ini antara masalah agak pelik yang pernah sampai ke meja Dang Setia. Sukar dicari jawapan bagaimana seseorang itu tergamak menghantar SMS lucah dan menunjukkan kemaluan kepada ibu mentua dan adik ipar sendiri.
Dang Setia faham bagaimana perasaan puan pada ketika ini dan puan. Mana-mana wanita pun jika berada di tempat puan pastinya akan berasa sedih, malu dan kecewa. Oleh itu, puan tidak perlu berasa lemah atau malu untuk berperasaan sedemikian.
Setakat ini puan melakukan tindakan betul apabila tidak terus melenting, sebaliknya bersabar dan memberi peluang kepada suami untuk membaiki dirinya, namun itu belum memadai kerana puan puan tidak boleh pasrah atau berserah saja pada Allah dengan harapan keadaan akan pulih dengan sendiri.
Sebaliknya, puan perlu kuat semangat untuk berikhtiar dan berusaha bagi mengatasi masalah ini. Dang Setia cenderung untuk mengatakan suami puan ada masalah mental.
Jangan salah faham, Dang Setia tidak bermaksud mengatakan suami puan gila. Harus difahami, masalah mental dan gila adalah dua perkara berbeza.
Dang Setia rasakan begitu kerana secara semula jadinya orang yang berfikiran normal tidak akan melakukan perbuatan menghantar SMS lucah atau menunjukkan kemaluan pada orang lain.
Untuk berbuat demikian kepada individu yang tiada kaitan pun kita tidak tergamak, apatah lagi kepada ibu mentua dan adik ipar sendiri.
Sebab itulah Dang Setia berani merumuskan hanya orang yang akalnya tidak normal atau individu yang ada masalah mental saja melakukan perbuatan keji itu.
Sehubungan itu, Dang Setia berpendapat antara usaha yang boleh puan lakukan ialah merujuk masalah suami puan ini ke unit psikiatri di hospital untuk mendapat pandangan daripada doktor pakar.
Puan tidak perlu malu kerana penyakit mental ada banyak kategori dan ia boleh dirawat serta dipulihkan.
Buat permulaan, mungkin puan boleh pergi sendirian tanpa suami puan kerana dijangkakan pasti dia menafikan dia ada masalah mental dan keberatan untuk berjumpa doktor.
Pada masa yang sama, ada baiknya juga jika puan dapat berbincang secara hati ke hati dengan suami untuk mengetahui punca sebenar di sebalik tindakannya yang di luar perlakuan manusia normal itu.
Alasannya bahawa perkara itu dilakukannya tanpa disedari adalah jawapan terlalu ringkas dan perlu penjelasan lebih lanjut daripadanya. Katakan pada suami puan dia tidak perlu malu atau takut untuk berterus terang dan berkongsi masalah.
Ini kerana sebagai isteri sudah menjadi tanggungjawab puan untuk membantu suami jika bermasalah dan masalah tidak akan selesai dengan sendiri, malah akan menjadi lebih buruk jika masing-masing hanya berdiam diri serta memendam rasa.
Akhir sekali, jangan lupa memohon pertolongan daripada Allah SWT selaku yang berkuasa ke atas segala-galanya. Banyakkan doa, berzikir dan melakukan solat hajat kerana Allah SWT maha pengasih dan suka memperkenankan doa hamba-Nya.







adat resam rmh tgga mmg ada ranjau dan onak duri, saya pun sependapat dgn dang setia, refer suami anda ke psikiatrik utk dapatkan khidmat kaunseling dan katakan pd suami anda jika mahu berubah perlu ada iktiar. anda perlu pk kan msa dpn ank, jika ank girl dikuatiri sebalikny berlaku, sekarg dia hantr gmbr konek kpd adik anda, tak musthil 1 ari nti suami bolh lakukn perbuatn jjk kpd ank anda. sblm berlaku perkara tak diingini, ikhiar la dlu.. penceraian bkan 1 jln penyelesaian