PARA saintis menemui tapak kaki dinasour yang berusia 70 juta tahun di beberapa lokasi di daerah Nelson, New Zealand. SOPHIE THOMSON menunjukkan salah satu daripada enam tapak kaki dinasour yang berusia lebih 70 juta tahun yang ditemui di beberapa lokasi di daerah Nelson, New Zealand.
Tapak kaki tersebut dipercayai adalah yang pertama ditemui di New Zealand walaupun tulang-tulang dinasour ada ditemui di dua lokasi di Pulau Utara.
Saintis, Greq Browne yang juga seorang sedimentologi percaya tapak kaki tersebut dimiliki oleh sauropod iaitu dinasour terbesar yang pernah dicatatkan. Ia pernah hidup membesar sehingga enam meter panjang dan beratnya beberapa tan. Spesies itu makan tumbuhan.-kosmo







