Datuk Husam Musa, yang menggesa pentadbiran kerajaan dipisahkan daripada kepentingan keluarga, hari ini menafikan tegurannya ditujukan kepada menteri besar Kelantan.
Exco kerajaan Kelantan itu berkata tulisan dalam blognya ‘Malaysia atau diri’ kelmarin “bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat”, lapor media rasmi PAS.
Mengulas berita di akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan coretan blognya itu sebagai sindiran kepada mursyidul am PAS, khususnya berhubung pelantikan menantunya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Husam dipetik berkata ia seolah-olah ingin melaga-lagakannya dengan Nik Abdul Aziz.
”Tidak betul macam itu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru (Nik Abdul Aziz), saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu,” Harakahdaily memetik beliau sebagai berkata.
KUALA TERENGGANU – Pelbagai karenah yang dilakukan kumpulan ’10 Budak Hitam’ dalam Sidang DUN baru-baru ini disifatkan sengaja di tonjolkan untuk menjatuhkan air muka Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.
Antaranya tindakan Adun Tepoh, Mohammad Ramli Nuh yang membangkitkan isu kononnya kerajaan negeri akan menyerahkan kepada pihak lain apabila pembinaan Kompleks IMTIAZ di Besut siap kelak.
Ramli mendakwa, beliau mengemukakan soalan tersebut setelah mendapat maklumat dari anaknya yang sedang belajar di Sekolah IMTIAZ, Besut bahawa kompleks berkenaan akan diserahkan kepada pihak lain.
Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu.
Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.
Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi.
Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.
“Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
“Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.
NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 22 tahun merancang penculikan dirinya sendiri semata-mata untuk mendapatkan dana membiayai perjalananya ke Macau, lapor media semalam.
Menurut Hindustan Times, Pawan Verma memerlukan RM136,000 untuk mencapai impiannya ke pulau perjudian itu bersama bapanya, selain meraikan tahun baru bersama teman wanitanya.
Pada masa sama, dia menanggung hutang lebih RM61,000 kerana mengamalkan gaya hidup mewah.
Justeru, dia merancang penculikannya sendiri dan menuntut wang tebusan dibayar untuk ‘membebaskannya’. Verma ditahan ketika dia mengambil wang tebusan berkenaan. – AFP
PULAU PANGKOR: “Walaupun dapat wang sebanyak itu, saya tetap lumpuh dan tak boleh buat apa-apa dalam keadaan begini.
“Emak dan ayah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa sejak 10 tahun saya terlantar sakit, malah wang yang diperoleh itu pun, pada saya masih tak cukup untuk membayar jasa mereka dan menampung kehidupan saya pada masa depan,” kata Syarizan Sudirmin, 26.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk VT Singham membuat keputusan Syarizan yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah mendapat ganti rugi RM653,750 akibat kecederaan parah dialaminya kerana terjatuh dari motosikal ditunggangi selepas ditendang anggota polis, kira-kira 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, dia hanya diberi 75 peratus iaitu RM490,312.50 daripada ganti rugi am kerana sebahagian kesalahan berpunca daripada tindakannya sendiri.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah di sini, malam tadi, Syarizan berkata dia bukan mata duitan apabila menyatakan wang pampasan itu masih tidak mencukupi, namun lebih trauma apabila memikirkan kejadian itu.
“Sejak kemalangan itu pada 1999, hidup saya berubah. Enam tahun saya mendapatkan rawatan di hospital, 21 hari koma di Hospital Ipoh, selain dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Manjung.
Keengganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis barat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, perdana menteri enggan menubuhkan suruhanjaya itu kerana mahu menyelamatkan dirinya daripada turut disoal siasat dan takut segala penyelewengan yang dilakukannya terbongkar.
“Ini satu permainan politik datuk Seri Najib.Beliau tidak mahu suruhanjaya siasat Dr Mahathir kerana beliau tahu jika suruhanjaya itu dibentuk, beliau akan terheret sama.
“Sudah tentu beliau juga akan dipanggil untuk disoal siasat mengenai peranan dan apa yang dilakukan sewaktu berada dalam Kabinet Dr Mahathir dan Pak Lah,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Najib juga dilihat tidak pernah membela Dr. Mahathir sewaktu penulis buku yang berpengkalan di Singapura, Barry Wain mendakwa beliau membazirkan RM100 billion sewaktu pentadbirannya.

INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.
IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.
Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.
BUKIT MERTAJAM – Jika sebelum ini ceti haram atau ah long menyimbah cat merah di rumah peminjam sebagai ugutan, kini mereka beralih strategi dengan melepaskan beberapa das tembakan ke rumah mangsa.
Itulah yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat yang didiami empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Taman Serumpun, Berapit, di sini awal pagi semalam.
Rumah tersebut menjadi sasaran tiga lelaki tidak dikenali yang melepaskan beberapa das tembakan rambang dalam dua kejadian berasingan.
Dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah berkenaan.
Kemudian kira-kira pukul 6.10 pagi, rumah berkenaan sekali lagi menjadi sasaran apabila seorang lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan.
Bagaimanapun kesemua ahli keluarga di rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula jam 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada jam 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada jam 3.24 pagi.
“Gerhana ini dijangka berakhir pada jam 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari jam 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) tidak boleh menyerbu atau menangkap pasangan yang diperintah tinggal berasingan jika tidak mendapat arahan bertulis daripada Mahkamah Syariah, kata Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Noor.
“Jadi tidak timbul soal kami sengaja melengah-lengahkan untuk bertindak terhadap mana-mana pasangan yang didapati melanggar perintah mahkamah supaya bermufarakah,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bapa mentua kepada bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader yang kesal dengan tindakan JHEAIK yang memandang ringan terhadap laporannya supaya bertindak menahan anak dan menantunya itu yang didakwa tinggal bersama walaupun diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui.
ALOR SETAR: Seorang mekanik mendakwa wang RM2,500 yang disimpan dalam beg pinggangnya hilang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dengan sebuah ambulans selepas terbabit kemalangan pada 27 November lalu.
Mohd Farid Nazmi Morad, 22, berkata selepas terbabit kemalangan pada 11.30 pagi pada hari raya Aidiladha di Jalan Langgar di sini dan patah kaki, dia dibawa ke hospital dengan sebuah ambulans yang turut dinaiki tiga petugas HSB.
“Seorang daripada petugas dalam ambulans minta beg pinggang dan saya pun bagi, selepas itu saya rasa kaki kanan disuntik dan terus tidak sedarkan diri.
”Ketika sedar kira-kira sejam kemudian, beg pinggang telah diserahkan kepada abang dan ayah saya, tapi apabila diperiksa duit RM2,500 dalam itu hilang, manakala duit RM1,700 dalam beg duit tidak hilang,” katanya kepada pemberita di pejabat MCA di sini hari ini.
JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia jam 6.45 petang (waktu Indonesia Barat) dilaporkan akibat mengalami komplikasi angin ahmar, kencing manis dan jantung yang dihadapinya.
Laman berita Detik.com melaporkan, bekas Presiden keempat Indonesia berusia 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), di sini dan menerima rawatan sejak 26 Disember lalu.
“Dengan ini kami beritahukan bahawa Gus Dur telah meninggal dunia pada Rabu, 30 Disember jam 18.45 (6.45 petang),” kata Dr Jusuf Misbach, Pasukan Doktor Perubatan Presiden di RSCM, Jakarta Pusat.
Jusuf berkata Gus Dur dirawat sejak 26 Disember lalu dan keadaannya menunjukkan stabil.
“Namun pada hari ini, jam 11.30 pagi, kondisinya kembali buruk dengan komplikasi penyakit angin ahmar, diabetes dan jantung dan jam 6.15 petang kondisinya kritikal.
SEREMBAN – Seorang wanita membuat laporan polis berikutan sudah tidak dapat bertahan apabila diseksa suami secara luar tabii selama hampir dua tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, wanita dalam lingkungan 43 tahun itu, melaporkan telah diliwat suaminya hampir dua tahun sepanjang perkahwinan.
“Pihak polis sedang memburu suaminya yang berumur kira-kira 46 tahun untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Se-remban, dekat sini, semalam.
Kes tersebut di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.
KUALA TERENGGANU – Jumlah pengeluaran saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga Oktober 2009 adalah berjumlah 30,309 saman dengan pelbagai kesalahan.
Pengarah JPJ negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, antara kesalahan yang mencatatkan jumlah paling tinggi sehingga Oktober 2009 adalah kesalahan lebihan muatan iaitu berjumlah 7,648 kesalahan.
“Ia diikuti dengan kesalahan pelesenan pemandu, tali pinggang keledar, Lesen Kereta Motor (LKM)/Road Tax, lalu-lintas, teknikal, cermin gelap, permit dan pemalsuan lesen.
“Jumlah kesalahan lampu hid sehingga September pula adalah tujuh kesalahan, sementara Oktober tahun ini, sebanyak 281 kenderaan telah disita,” katanya kepada media pada Majlis Pengarah JPJ Bersama Media di JPJ negeri Terengganu.
BERABAD lamanya, sarang burung menjadi khazanah dari segi khasiat kesihatan dan keistimewaannya sebagai sajian untuk maharaja serta golongan sangat berada pada zaman sebelum ini.
Penemuan saintifik pula menunjukkan sarang burung boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh serta meningkatkan keadaan luaran kulit.
Bagaimanapun, untuk memperoleh seri sempurna yang diingini pada kulit, penting untuk memastikan kualiti sarang burung yang diambil.
Sarang burung Brand’s menyediakan produk berkualiti tinggi yang hanya menggunakan sarang burung asli dari gua, berbanding sarang burung yang diternak di ladang yang lazimnya ada di pasaran.

Categories
Tag Cloud
Blog RSS
Comments RSS
Last 50 Posts
Back
Back
Back
Void « Default
Life
Earth
Wind
Water
Fire
Light 