4 polis memakai baju kalis peluru ditembak mati

0

Category : umum

SEATTLE, Washington: Empat anggota polis ditembak mati oleh penjenayah yang tiba-tiba masuk ke kedai kopi dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka yang sedang menikmati sarapan pagi, semalam.

Jurucakap Pegawai Sheriff daerah Pierce, Ed Troyer, berkata keempat-empat anggota itu menikmati sarapan pagi sebelum masuk kerja jam 8.15 pagi (waktu tempatan) apabila seorang penjenayah bersenjata api itu masuk lalu menyerang.

Penjenayah kulit hitam berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu masih diburu dan beliau dipercayai terbabit dalam pelbagai kejadian rompakan bersenjata dan beberapa kejadian ganas.

Menurut Troyer, mangsa adalah Sarjan Mark Renniger, 39, Ronald Owens, 37, Tina Griswold, 40 dan Greg Richards, 42. Kesemua mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ketika kejadian, kesemua mangsa lengkap beruniform dan memakai baju kalis peluru.

Troyer berkata, mangsa adalah sasaran sebenar penjenayah kerana tiada orang lain di dalam kafe itu yang cedera. – AFP

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]