Aishah menang saman EMI

0

Category : Artist

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun, penyanyi Aishah hari ini akhirnya berjaya mendapatkan penghakiman dari Mahkamah Tinggi terhadap syarikat EMI (Malaysia) Sdn Bhd yang disamannya kerana memungkiri perjanjian rakaman album pada 1996.

Hakim Datuk Tee Ah Sing memerintahkan syarikat rakaman itu membayar Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, gantirugi am, yang jumlahnya akan akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah, serta gantirugi nominal sebanyak RM100.

“Bagaimanapun tuntutan gantirugi khas ditolak mahkamah atas alasan Aishah gagah gagal mengemukakan bukti terhadap tuntutan tersebut,” kata peguam Hasnal Rezua Merican, yang mewakili Aishah, ketika ditemui media di luar mahkamah.

Peguam itu juga memberitahu tuntutan balas EMI bagi mendapatkan ganti rugi sebanyak RM93,071 daripada penyanyi tersebut turut ditolak dengan kos oleh mahkamah.

 Penghakiman bertulis Hakim Tee itu dibacakan Timbalan Pendaftar Hilmiah Yusof dalam kamarnya pagi tadi.-hmetro

Post a comment

[ Online : 1016 hari. ]