Culik diri sendiri kerana mahu ke Macau

0

Category : Macam-macam hal

NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 22 tahun merancang penculikan dirinya sendiri semata-mata untuk mendapatkan dana membiayai perjalananya ke Macau, lapor media semalam.

Menurut Hindustan Times, Pawan Verma memerlukan RM136,000 untuk mencapai impiannya ke pulau perjudian itu bersama bapanya, selain meraikan tahun baru bersama teman wanitanya.

Pada masa sama, dia menanggung hutang lebih RM61,000 kerana mengamalkan gaya hidup mewah.

Justeru, dia merancang penculikannya sendiri dan menuntut wang tebusan dibayar untuk ‘membebaskannya’. Verma ditahan ketika dia mengambil wang tebusan berkenaan. – AFP

Post a comment

[ Online : 915 hari. ]