Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 30 peratus kepada pesalah lalu lintas sekiranya mereka membayarnya dalam tempoh kurang dari 15 hari saman dikeluarkan.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Rohaizah Mohamad Rashid berkata diskaun ini sudah dikuatkuasakan sejak dua minggu lepas.
“Jika pesalah membayar saman dalam tempoh satu hingga 15 hari saman dikeluarkan, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 30 peratus daripada jumlah saman. Manakala selepas tempoh 16 sehingga 30 hari pula, potongan sebanyak 15 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti dan Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, selepas 30 hari saman dikeluarkan, pesalah trafik perlu membayar saman pada kadar penuh.
Katanya pesalah boleh melakukan bayaran tersebut melalui internet.– BERNAMA
p/s: Sekarang kalau tak pakai tali pinggang keledar kena saman rm300, banyak tu nak bagi duit free2 kat orang.
-moral: pakai tali pinggang keledar sokmo






