BERABAD lamanya, sarang burung menjadi khazanah dari segi khasiat kesihatan dan keistimewaannya sebagai sajian untuk maharaja serta golongan sangat berada pada zaman sebelum ini.
Penemuan saintifik pula menunjukkan sarang burung boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh serta meningkatkan keadaan luaran kulit.
Bagaimanapun, untuk memperoleh seri sempurna yang diingini pada kulit, penting untuk memastikan kualiti sarang burung yang diambil.
Sarang burung Brand’s menyediakan produk berkualiti tinggi yang hanya menggunakan sarang burung asli dari gua, berbanding sarang burung yang diternak di ladang yang lazimnya ada di pasaran.
Sarang burung jenama terbabit dihasilkan daripada 100 peratus sarang burung asli dari gua yang mengandungi khasiat daripada galian gua termasuk protein yang menggalakkan penjanaan semula sel.
“Penting bagi pengguna untuk memahami perbezaan dari segi kualiti sarang burung di pasaran. Sarang burung yang dihasilkan jenama ini diperoleh daripada sumber yang cukup diyakini dari Thailand, Indonesia dan Sarawak,” kata Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang.
Sajian tradisional yang disediakan Brand’s itu turut memudahkan pengguna yang sibuk khususnya wanita untuk menikmati khasiat sarang burung dengan cara mudah.
Pengambilan sarang burung terbabit secara berterusan sebagai sebahagian daripada regim kecantikan seseorang membantu untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.
Ia kini berada di pasaran pada harga RM100 untuk enam botol dengan kandungan 70 gram setiap satu.//hmetro






