09 Dec 2009 @ 4:37 AM 

 TUMPAT: Penuntut kejururawatan Kolej Masterskill, Siti Nor Dianah Azman, 23, yang terbunuh ditimpa kereta di KB Mall, kelmarin sering bercakap mengenai hasrat ingin mati muda.

Ibunya, Maznah Hanafi, 45, berkata, ketika pulang bercuti Aidiladha minggu lalu, anak sulung enam beradik itu, memberitahu jiran mengenai hasrat itu.

“Saya tidak menyangka gurauan itu menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Kampung Menjuang, semalam.

 Maznah berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit dengan kenalan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Ismail.

“Tiba-tiba Ismail terkejut kerana mendengar dentuman kuat dan jeritan dia meminta tolong.

“Selepas terputus talian, Ismail segera menghubungi saya yang kemudian meminta suami mencari arwah kerana menyangka dia diculik,” katanya.

Beliau berkata, ketika suaminya, Azman Abdullah, 45, mencari mangsa bersama anaknya, Mohd Rifarouk, 18, pengurusan Masterskill menghubunginya memaklumkan kemalangan itu.

“Suami terus ke hospital selepas dimaklumkan Nor Dianah di wad kecemasan. Arwah meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya yang reda dengan pemergian anak sulung yang menjadi harapan keluarga itu.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Pohon Ara, jam 11 pagi semalam.-bharian

Posted By: admin
Last Edit: 09 Dec 2009 @ 12:16 PM

EmailPermalink
Tags
Tags:
Categories: umum


 

Responses to this post » (None)

 
Post a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


 Last 50 Posts
 Back
Change Theme...
  • Users » 58
  • Posts/Pages » 2,038
  • Comments » 265
Change Theme...
  • VoidVoid « Default
  • LifeLife
  • EarthEarth
  • WindWind
  • WaterWater
  • FireFire
  • LightLight

Hubungi



    No Child Pages.

a



    No Child Pages.

Senarai Nama Islam Anak



    No Child Pages.