Nelayan tangkap udang karang gergasi

0

Category : Ajaib

Gambar udang kara gergasi

Gambar udang kara gergasi

EXETER, Britain – Seorang nelayan, Simon Sharp terkejut melihat seekor undang karang gergasi sepanjang lebih satu meter terperangkap pada pukatnya ketika dia keluar menangkap ikan bersama isterinya di luar pantai Devon pada minggu lalu.

Sebuah akhbar melaporkan, Sharp, 42, mencampakkan udang karang itu ke laut selepas merakamkan gambarnya dengan menggunakan telefon bimbit kerana tidak mahu melihat ia mati jika dibawa ke darat.

“Ia juga tidak sesuai dimakan kerana isinya amat liat,” kata Sharp.

Beberapa pakar berkata, udang itu mampu memotong tangan manusia dengan sepasang sepit besar yang panjangnya 35 sentimeter dan 15 sentimeter lebar.

“Udang karang ini dipercayai berusia lebih 100 tahun berdasarkan saiznya yang amat besar,” kata seorang jurucakap Persatuan Pemuliharaan Marin Britain.

Udang karang paling besar pernah direkodkan memiliki berat hampir 20 kilogram dan panjang 1.06 meter. Ia ditangkap di perairan Kanada pada 1977. – Agensi //cosmo

Post a comment

[ Online : 1016 hari. ]