Mekanik dakwa wang hilang dalam ambulans

0

Category : Macam-macam hal

ALOR SETAR: Seorang mekanik mendakwa wang RM2,500 yang disimpan dalam beg pinggangnya hilang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dengan sebuah ambulans selepas terbabit kemalangan pada 27 November lalu.

Mohd Farid Nazmi Morad, 22, berkata selepas terbabit kemalangan pada 11.30 pagi pada hari raya Aidiladha di Jalan Langgar di sini dan patah kaki, dia dibawa ke hospital dengan sebuah ambulans yang turut dinaiki tiga petugas HSB.

“Seorang daripada petugas dalam ambulans minta beg pinggang dan saya pun bagi, selepas itu saya rasa kaki kanan disuntik dan terus tidak sedarkan diri.

 ”Ketika sedar kira-kira sejam kemudian, beg pinggang telah diserahkan kepada abang dan ayah saya, tapi apabila diperiksa duit RM2,500 dalam itu hilang, manakala duit RM1,700 dalam beg duit tidak hilang,” katanya kepada pemberita di pejabat MCA di sini hari ini.

Gus Dur meninggal akibat pelbagai komplikasi

0

Category : umum

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia jam 6.45 petang (waktu Indonesia Barat) dilaporkan akibat mengalami komplikasi angin ahmar, kencing manis dan jantung yang dihadapinya.

Laman berita Detik.com melaporkan, bekas Presiden keempat Indonesia berusia 69 tahun itu meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), di sini dan menerima rawatan sejak 26 Disember lalu.

“Dengan ini kami beritahukan bahawa Gus Dur telah meninggal dunia pada Rabu, 30 Disember jam 18.45 (6.45 petang),” kata Dr Jusuf Misbach, Pasukan Doktor Perubatan Presiden di RSCM, Jakarta Pusat.

 Jusuf berkata Gus Dur dirawat sejak 26 Disember lalu dan keadaannya menunjukkan stabil.

“Namun pada hari ini, jam 11.30 pagi, kondisinya kembali buruk dengan komplikasi penyakit angin ahmar, diabetes dan jantung dan jam 6.15 petang kondisinya kritikal.

Wanita diliwat suami lapor polis

0

Category : umum

SEREMBAN – Seorang wanita membuat laporan polis berikutan sudah tidak dapat bertahan apabila diseksa suami secara luar tabii selama hampir dua tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, wanita dalam lingkungan 43 tahun itu, melaporkan telah diliwat suaminya hampir dua tahun sepanjang perkahwinan.

“Pihak polis sedang memburu suaminya yang berumur kira-kira 46 tahun untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Se-remban, dekat sini, semalam.

Kes tersebut di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

JPJ keluar 30,309 saman sehingga Oktober 2009

0

Category : umum

6277204KUALA TERENGGANU – Jumlah pengeluaran saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga Oktober 2009 adalah berjumlah 30,309 saman dengan pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, antara kesalahan yang mencatatkan jumlah paling tinggi sehingga Oktober 2009 adalah kesalahan lebihan muatan iaitu berjumlah 7,648 kesalahan.

“Ia diikuti dengan kesalahan pelesenan pemandu, tali pinggang keledar, Lesen Kereta Motor (LKM)/Road Tax, lalu-lintas, teknikal, cermin gelap, permit dan pemalsuan lesen.

“Jumlah kesalahan lampu hid sehingga September pula adalah tujuh kesalahan, sementara Oktober tahun ini, sebanyak 281 kenderaan telah disita,” katanya kepada media pada Majlis Pengarah JPJ Bersama Media di JPJ negeri Terengganu.

Khasiat sarang burung

0

Category : umum

BERABAD lamanya, sarang burung menjadi khazanah dari segi khasiat kesihatan dan keistimewaannya sebagai sajian untuk maharaja serta golongan sangat berada pada zaman sebelum ini.

Penemuan saintifik pula menunjukkan sarang burung boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh serta meningkatkan keadaan luaran kulit.

Bagaimanapun, untuk memperoleh seri sempurna yang diingini pada kulit, penting untuk memastikan kualiti sarang burung yang diambil.

Sarang burung Brand’s menyediakan produk berkualiti tinggi yang hanya menggunakan sarang burung asli dari gua, berbanding sarang burung yang diternak di ladang yang lazimnya ada di pasaran.

Cina jadi MB: Nik Aziz sanggup pinda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

0

Category : umum

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan bersedia membuat pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan golongan bukan Melayu yang beragama Islam menjawat jawatan sebagai Menteri Besar di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dalam soal pelantikan Menteri Besar pindaan undang-undang bukanlah faktor utama tetapi apa yang penting ialah ia selari dengan dasar Islam yang dibawa Pas sejak awal pentadbirannya.

“Yang penting ialah dasar Islam. Dasar Islam ialah dia orang Islam dan akhlak baik, tak ada apa. Yang penting takwa. Kita terima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, mengikut dasar Islam, calon yang dipilih perlulah berakhlak baik, bertakwa dan mengamalkan ajaran Islam sebenar barulah layak dijadikan pemimpin.

Saya akan cari mereka hingga ke lubang cacing: Bapa mentua Dr Rosli

0

Category : umum

KOTA BHARU: Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” kata Mohd Noor Che Man di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

 Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Terengganu Peruntuk RM50 Juta Untuk Bekal E-Book Tahun Depan

0

Category : pendidikan

Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peruntukan tersebut meningkat berbanding RM25 juta tahun ini.

“Tahun depan, kita akan mengagihkan 50,000 komputer riba kepada pelajar-pelajar Tahun Empat dan Lima, berbanding tahun ini kita beri hanya kepada pelajar Tahun Lima sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini, Selasa.

Ahmad Razif berkata peningkatan peruntukan itu menggambarkan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan di negeri itu pada masa depan.

Nat ditinggal dalam perut

0

Category : Macam-macam hal

SELEPAS setahun dibedah, nat yang digunakan dalam pembedahan implan tulang belakang Khai Yien masih tertinggal di dalam tubuhnya.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan apabila sebiji nat berukuran 0.5 sm tertinggal dalam badannya semasa dia menjalani pembedahan keretakan tulang belakang di sebuah hospital swasta di sini tahun lepas.

Tan Khai Yien, 29, yang juga seorang pereka dalaman mendakwa pembedahan menggunakan teknik implan logam yang disokong dengan nat itu dilakukan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dilakukan, dia dikejutkan dengan kenyataan doktor terbabit bahawa salah satu nat yang dipasang telah tertanggal dan jatuh dalam bahagian tubuhnya yang dibedah.

Pasangan ingkar dapat larikan diri – Ahli keluarga yang berkawal sejak kelmarin terpedaya

0

Category : umum

ne_01_1KOTA BHARU – Jika kelmarin rumah mereka di Kampung Telipot di sini dikepung hampir 20 jam, suasana lengang pukul 10.30 pagi semalam membuka peluang kepada pasangan Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir, 35, dan Ilyani Mohd. Noor, 30, untuk melarikan diri sebelum sempat pihak berkuasa agama menahan mereka.

Pasangan itu yang mengingkari arahan Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya berpisah sementara, bingkas berjalan keluar ke pintu pagar sebaik sahaja sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Caldina berhenti bersama dua buah kereta lain.

Ia menyebabkan kira-kira 10 ahli keluarga Ilyani termasuk bapanya, Mohd. Noor Che Man, 58, terpinga-pinga kerana mereka menyangka ketiga-tiga kenderaan itu dipandu orang luar yang mahu melihat apa yang berlaku di situ.

Dalam masa tidak sampai tiga minit, pasangan itu bergegas keluar dari rumah dengan mengendong beg dan terus memasuki kenderaan tersebut pada pukul 10.30 pagi sebelum meninggalkan tempat itu.

[ Online : 913 hari. ]