Dapat ganti rugi RM552,299.59 – Kerajaan diarah bayar penunggang motosikal yang ditendang anggota polis

0

Category : umum

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM552,299.59 kepada seorang lelaki yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.

Hakim Datuk V.T Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999.

Bagi ganti rugi khas, Singham memerintahkan supaya kerajaan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,987.09 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 kepada Syarizan atau plaintif pertama.

Syarizan bagaimanapun hanya menerima 75 peratus atau RM490,312.50 daripada ganti rugi am yang diputuskan oleh hakim dengan alasan kejadian tersebut sebahagian daripadanya berpunca daripada tindakan plaintif sendiri

Penganggur Didapati Salah Rogol, Bunuh Kanak-kanak

0

Category : umum

ALOR SETAR-Mahkamah Tinggi di sini Selasa mendapati seorang penganggur bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya di Taman Rhu, Tikam Batu, Sungai Petani, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Basrah Akhbar, 40, terlepas dari tali gantung selepas diperintah ditahan di hospital mental bagi tempoh mengikut perkenan Sultan Kedah kerana didapati mengalami masalah sakit jiwa.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan terhadap tertuduh dan mendapatinya bersalah.

Pemandu Bas Sani Express Mengaku Tidak Bersalah Pandu Melulu

0

Category : umum

IPOH: Seorang pemandu bas Sani Express hari ini mengakutidak bersalah di Mahkamah Khas Trafik di sini atas tuduhan memandu secaramelulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang di Kilometer 280.3 LebuhrayaUtara-Selatan (PLUS), di sini, Sabtu lalu.

Mohd Kamil Mohd Rashid, 37, beralamat di nombor 83, Taman Setia Jaya, Yan,Kedah, yang memandu bas dua tingkat dengan nombor pendaftaran WSX 5010, didakwamelakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 1.23 pagi, 26 Disember lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 danjika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 ataupenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu itu, pada pukul 11.30 pagi tadi, polis mendapat perintah melanjutkan tempoh reman sehingga Khamis ini.

Husam: Pisahkan keluarga daripada pentadbiran

0

Category : umum

 Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

 Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas pengaruh keluarga daripada pentadbiran negeri.

“Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang.

“Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008,” coret Husam di blognya Cetusan Hati semalam.

“Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin- pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.”

“UMNO juga perlu keluar BN”

0

Category : umum

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Pas yang mengadakan perhimpunan mendesak parti itu supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) sebagai penyokong buat-buat dan menganggapnya seumpama permainan wayang kulit memandangkan mereka yang terbabit itu didakwa bukanlah ahli parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ahli UMNO boleh meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, Pas juga boleh bertindak sebaliknya kepada UMNO dengan meminta parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN). :

“Semalam saya buat kenyataan dan sebut kepada setiausaha saya, kalau orang UMNO boleh minta Pas keluar daripada Pakatan, maka saya minta daripada UMNO keluar daripada BN untuk bersama dengan Pas dengan syaratnya dia (UMNO) tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. :

Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat

0

Category : umum

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Mangsa pertama ditemui selepas 12 jam

0

Category : umum

DUNGUN – Laut bergelora sempena musim tengkujuh tidak menghalang lebih 20 anggota pasukan penyelamat meredah ombak meneruskan usaha menjejaki dua mangsa lemas yang masih hilang, di Pantai Sura, di sini, sejak petang kelmarin.

Bagaimanapun, selepas berhempas pulas lebih 12 jam, akhirnya mayat mangsa pertama tragedi lemas berjaya ditemui kira-kira jam 8.45 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Komisio-ner II Hamzah Mohd Jamil ketika ditemui semasa meninjau operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian berkata, mayat Ahmad Amirul Hafiz Jaafar, 10, ditemui kira-kira 300 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Epal mujarab kekang barah

0

Category : umum

EPAL, buah kedua paling digemari warga Amerika Syarikat (AS) selepas pisang, bakal dimanfaatkan untuk rawatan barah dalam jangka panjang.

Ini terbukti menerusi kajian hampir sedekad oleh saintis makanan di Universiti Cornell, New York, Dr Rui Hai Liu dengan kerjasama Institut Penyelidikan Barah Amerika Syarikat bagi mengenal pasti cara buah itu bertindak untuk kebaikan kesihatan penggemarnya.

Kajian ke atas penduduk negara itu mendapati pengambilan epal yang banyak boleh memberi manfaat kepada kesihatan seseorang termasuk mengurangkan risiko barah dan penyakit berkaitan jantung.

Walaupun epal secara tradisinya dianggap sejenis buah berkhasiat, hanya sejak kebelakangan ini ia menarik minat penyelidik untuk membuat kajian makmal.

 

Thumbelina – Kuda Terkecil Di Dunia

0

Category : Ajaib

thumbelina_smallest_horse_dalamThumbelina (kiri) bersaiz kerdil berbanding kuda yang lain. -Foto thatsweird.net

IA mungkin bersaiz kecil. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

Bagaimanapun, ia tetap seekor kuda kerdil yang cantik.

Keluarga Taufik diminta biar polis siasat kes surat layang

0

Category : umum

 

NOORZAN dan isteri, Salmiah Ismail menunjukkan surat layang memburukkan arwah anaknya, Muhammad Taufik, kelmarin.

NOORZAN dan isteri, Salmiah Ismail menunjukkan surat layang memburukkan arwah anaknya, Muhammad Taufik, kelmarin.

KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, meminta keluarga Muhamad Taufik Noorzan, 21, yang ditembak mati anggota polis dalam kejadian amuk bulan lalu supaya menyerahkan kepada polis melakukan siasatan rapi berhubung penyebaran surat layang memburukkan arwah yang berlaku ketika ini.

Difahamkan kira-kira 1,000 keping surat layang yang menamakan diri penulisnya sebagai ‘Ahli Jamaah Anak Murid Ibnu Qayyim’ disebarkan individu tertentu mengandungi pelbagai fitnah menyentuh peribadi Mohamad Taufik, termasuk mendakwanya seorang pemabuk, pemuda panas baran dan penagih.

Surat layang berbaur fitnah itu didakwa disebar di beberapa tempat tumpuan ramai di sekitar Arau, Pauh dan Guar Sanji, awal pagi kelmarin.

 Md Isa berkata, beliau menasihatkan supaya keluarga Mohamad Taufik tidak panik dan bertindak terburu-buru, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengesan penyebar surat berkenaan.

“Saya faham dalam situasi sekarang, keluarga Muhamad Taufik pasti tertekan dengan penyebaran surat layang ini dan kes itu perlu diserahkan kepada polis untuk menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.

“Ia perbuatan yang biadap dan melampau, apatah lagi orang yang difitnah menerusi surat layang itu sudah meninggal dunia dan sekali gus mengaibkan keluarganya,” katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga berkenaan di Kampung Belakang Istana, Arau, dekat sini, petang kelmarin.

[ Online : 1011 hari. ]