Seorang wartawan lelaki warga Iraq yang di dalam buangan telah melemparkan sebelah kasutnya pada wartawan yang melontar kasut kepada bekas Presiden AS George W Bush setahun lalu.
Lelaki, yang hanya dikenali sebagai Khayat, menuduh wartawan Al-Baghdadia Muntazer al-Zaidi “bekerja untuk diktator di Iraq” semasa satu persidangan di Perancis, menurut AFP.
Semasa satu sesi soal jawab Foreign Press Welcome Centre di Paris, Khayat mencampakkan sebelah kasutnya dan memekik: “Di sini satu lagi kasut untuk anda!”
Zaidi membalas: “Bila saya gunakan kaedah ini, ia menentang pendudukan Amerika. Saya tidak lakukan ia pada seorang rakan senegara. Saya sentiasa tahu penduduk akan berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat seperti saya.”
Seperti kejadian tahun lepas, Zaidi mengelakkan but Khayat, yang kemudiannya melantun dan tidak mengenai sesiapa. Abang Zaidi dan wartawan disekeliling kemudiannya bergelut dengan lelaki itu dan membawanya keluar.
Zaidi dipenjarakan untuk sembilan bulan selepas dia membaling kasut ke arah Bush, sebelum ia dituntut pembebasannya oleh majikannya.







