Plus-tutup lorong kiri lebuhraya di km 272.8

0

Category : umum

KUALA LUMPUR – Lorong kiri di KM272.8 lebuhraya Plus arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, ditutup sementara, kata Pengurus Komunikasi Korporat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Iskandar Dzulkifli hari ini.

Beliau berkata penutupan itu bagi memberi laluan kepada polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 10 nyawa apabila sebuah bas dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kawasan itu awal pagi ini.

Katanya keadaan trafik yang sesak teruk berhampiran kawasan kemalangan sudah terkawal sejak pukul 8 pagi tadi.

“Bas yang terlibat dalam kemalangan itu telah pun dialihkan. Bagaimanapun lorong sebelah kiri menghala ke utara masih ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Ia akan dibuka semula setelah semuanya selesai,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Iskandar berkata pekerja Plus sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih pembahagi jalan yang rosak teruk akibat rempuhan bas terbabit dan berharap pengguna lebuh raya sentiasa bersabar serta berhati-hati ketika memandu.-Bernama //sinar

Post a comment

[ Online : 1016 hari. ]